
ZXMOTO BAKAL LANCAR MODEL STREETFIGHTER 820R – 186KG, 130HP
ZXMOTO membuat debut sulung di EICMA tahun lalu dan membariskan beberapa model yang akan diperkenalkan untuk pasaran motosikal antarabangsa.
Bagaimanapun, model supersport, 820RR paling mencuri tumpuan apabila motosikal tersebut telah pun merekodkan tiga kemenangan di WorldSBK 2026 bagi kelas WorldSSP dalam debut sulung musim ini.

Namun begitu, bagi yang tidak meminati motosikal jenis sportsbike, ZXMOTO turut akan menawarkan versi ‘streetfighter’ menerusi 820R. Jenama dari China itu turut mempamerkan 820R ketika di EICMA 2025.
Untuk rekod, 820R dikuasakan enjin tiga silinder 818.8cc 12-valve DOHC yang sama terdapat pada 820RR namun telah ditala semula. Hasilnya, unit itu kini menawarkan 130hp dan 78Nm.

Ini bermakna, 820R ini lebih berkuasa dari Yamaha MT-09 dan Ducati Streetfighter V2.
Maklumat lebih terperinci masih belum didedahkan kecuali motosikal streetfighter ini menawarkan ketinggian tempat duduk sekitar 820mm dan berat (basah) 186kg. Selain itu, ZXMOTO memaklumkan 820R ini turut menawarkan pakej suspensi dengan pelarasan penuh.

Namun begitu, 820R masih mengekalkan pakej elektronik yang sama seperti 820RR antaranya 6-axis IMU, cornering ABS, lean-sensitive traction control serta riding mode.
GALERI: ZXMOTO 820R
















