Motosikal

LINDUNGI MOTOSIKAL ANDA DENGAN BikeCapsule

Sama ada mahu mengaku atau tidak, kita kadang-kala lebih sayangkan motosikal berbanding benda-benda lain.

Pada masa yang sama, bukan semua di antara kita mampu membina garaj atau tinggal di rumah yang mempunyai ruang parkir luas.

bikecapsule-inflatable-capsule-mekanika-3

Jangan bimbang, syarikat yang dikenali sebagai CarCapsule dari Amerika Syarikat (AS) ada menawarkan produk yang memang sesuai untuk pengguna motosikal. Dikenali sebagai BikeCapsule, ia dilihat cukup sesuai untuk melindungi motosikal terutama dalam cuaca buruk.

Lebih menarik lagi, BikeCapsule dipilih sebagai salah satu 10 Produk Baharu Terbaik dalam acara Ekspo Antarabangsa Amerika 2016 (AIMExpo) yang berlangsung baru-baru ini. CarCapsule kini menawarkan versi indoor dan outdoor BikeCapsule untuk pasaran AS.

bikecapsule-inflatable-capsule-mekanika-2

Senang cakap, BikeCapsule ialah satu belon besar yang melindungi motosikal daripada persekitarannya. Ia digelembung menggunakan kipas bertekanan tinggi, 190 CFM yang turut menyediakan aliran udara berterusan bagi memastikan motosikal kekal sejuk dan kering.

Udara di dalam belon tersebut dikatakan ditukar dengan udara dari luar yang ditapis sebanyak tiga hingga empat sekali setiap jam. Ini bagi memastikan suhu yang konsisten dan menghilangkan sebarang bentuk lembapan.

Biarpun begitu, BikeCapsule dilihat tidak sesuai digunakan ketika musim sejuk. Melainkan ia boleh menyediakan udara panas di dalam belon tersebut. Didatangkan dalam dua saiz, BikeCapsule ditawarkan pada harga $429 (RM1,900) dan $500 (RM2,215) setiap satu.

Google ads
Back to top button