Artikel PilihanBuletin

REVIEW MODEL TESLA INI BUAT JEREMY CLARKSON DAN ELON MUSK BERGADUH BESAR

Siapa tak kenal dengan pengacara mulut becok Jeremy Clarkson yang pernah menjadi host Top Gear dan juga The Grand Tour. Namun tahukah anda Jeremy dan pengasas Tesla iaitu Elon Musk pernah bergaduh besar gara-gara satu review yang dibuat pasukan Top Gear berkenaan dengan model pertama Tesla iaitu model Roadster.

Model Tesla Roadster ini menggunakan cesi Lotus Elise, namun ia dipadankan dengan motor elektrik yang menghasilkan 288 kuasa kuda dan 400Nm tork. Kuasa dibekalkan dari bateri 53kWh dengan transmisi gear tunggal BorgWarner.

Untuk satu pengecasan penuh, Tesla Roadster ini mampu dipandu sejauh 393km. Ia dihasilkan di Hethel UK untuk pemanduan sebelah kanan. Pada 14 Disember 2008, pasukan Top Gear berjaya mendapatkan 2 unit model Tesla Roadster untuk pandu uji dan rakaman video

Tapi bagi yang mengenali Jeremey Clarkson, anda akan tahu perangai dia yang sedikit sewel. Walau macam mana bagus pun sesuatu model kereta, ia tidak akan terlepas dari kritikan nakal, humor dan menyakitkan hati Clarkson. Anda boleh menonton video rakaman review Tesla Roadster di bawah:

Antara komen sadis Clarkson ialah Tesla tidak pandai buat sistem 2 gear kerana ia cepat rosak, motor elektrik sebesar tembikai, hanya ada satu komponen bergerak, ia hanya boleh dipandu sejauh 88km sebelum kehabisan bateri dengan aksi menolak kereta, memerlukan 16 jam untuk dicaj dengan poin elektrik biasa, dan perjalanan jauh ke Scotland memerlukan 3 hari.

Selain dari itu Clarkson mendakwa mereka memerlukan 2 Tesla Roadster untuk rakaman kerana satu lagi unit sedang dicas, ia 3 kali ganda mahal dari Elise petrol, motor elektrik cepat panas menyebabkan Tesla Roadster memasuki mode perlahan, dan brek yang bermasalah

Tidak seperti CEO syarikat automotif lain yang cool dan bertenang, Elon Musk cukup berang dengan review yang dihasilkan oleh Top Gear. Tesla mendapati berdasarkan daripada data mereka, Roadster hanya memerlukan 3.5 jam sahaja untuk dicaj berbanding dengan dakwaan Clarkson 16 jam.

Dalam masa kurang setahun review ini ditonton oleh 8 juta penonton, Tesla telah mengupah firma guaman terkemuka bagi mengemukakan tuntutan saman malu terhadap BBC yang menyiarkan rancangan Top Gear pada 29 Mac 2011. Malangnya pada 19 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi UK menolak tuntutan saman dari Tesla ini

Tidak mahu mengaku kalah, Tesla membuat rayuan dengan pasukan peguam baru di Mahkamah Rayuan dengan dihakimi oleh 3 hakim bersama-sama dengan tuntutan saman malu yang tinggi. Malang bagi elon Musk kerana tuntutannya pada kali ini turut dinafikan oleh mahkamah pada 5 Mac 2013 dengan kos £100,000

Clarkson pula bersumpah tidak lagi akan membuat review berkenaan Tesla dan menggambarkan pengalamannya berdepan dengan tuntutan mahkamah menyakitkan hati dan menyebabkannya tidak boleh tidur malam. Namun Clarkson melanggar ikrar tersebut dengan membuat review Tesla Model X bersama-sama dengan sekumpulan peguam

Koyak jugak Elon Musk ni kan

Google ads
Back to top button