Buletin

RIM ALOI RONIN DAN INOVIT KINI DI MALAYSIA. REKAAN PADU, RINGAN DAN BERPRESTASI. BERMULA RM4.2K SAHAJA!

Semua orang tahu bahawa antara cara paling mudah untuk mengubah penampilan kereta anda menjadi lebih sporty dan personal ialah menukar rim standard kepada rim aftermarket.

Pemilihan rim yang betul dari segi reka bentuk, saiz dan warna boleh menjadikan kenderaan anda lebih menarik atau sebaliknya dalam sekelip mata.

Jadi, urusan untuk memilih rim aftermarket sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Apatah lagi kini terdapat begitu banyak jenama, tahap kualiti dan harga rim di pasaran. 

Jika anda sedang mencari rim aftermarket, saya ada dua jenama baharu yang ingin dicadangkan. Dikenali sebagai Ronin dan Inovit, pilihan rim tersebut boleh anda lihat dengan lebih dekat di ibu pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam. Apa yang perlu anda buat ialah Waze sahaja ke Recaro Glenmarie dan naik ke tingkat satu lot kedai berkenaan. 

Di sana anda akan dihidangkan dengan susunan rim Ronin dalam tiga warna iaitu hitam (Alumite Black), kelabu (Dark Gun Metal) dan tembaga (Matte Copper). Buat masa sekarang, rim yang direka di Malaysia dan dilkilangkan di Thailand itu didatangkan dalam saiz 18 inci sahaja. 

Rim Ronin hadir dalam dua rekaan iaitu berbilang jejari atau multi spoke yang dikenali dengan kod RFF-01. Rekaan kedua (RFF002) berbentuk Y atau boleh dipanggil sebagai mesh yang bagi saya lebih cantik itu pula hadir dalam tiga warna iaitu hitam, kelabu (matte gun metal) dan perak (brushed silver titanium).

Ronin ialah merupakan rim jenis flow form yang mematuhi piawaian ditetapkan oleh pihak TUV Jerman. Maka, anda boleh mengharapkan satu set rim yang tahan lasak, berprestasi tinggi dan hanya seberat 8.4kg. Rim yang lebih ringan pastinya dapat mengurangkan berat kenderaan secara keseluruhannya.  

Ditawarkan secara rasmi oleh RONIN Motorsport, anda boleh memiliki rim Ronin pada harga cuma RM4,200 satu set. Serius berbaloi.

Di satu sudut lain, anda juga boleh melayan mata melihat pelbagai reka bentuk rim jenama Inovit. Harus tahu, rim itu lebih bersifat kosmetik, jadi tidak hairanlah jika rekaannya kelihatan agak menonjol berbanding rim-rim yang lain. 

Inovit beribu pejabat di Eropah, sementara pasukan reka bentuk dan kejuruteraannya berpangkalan di Amerika Syarikat. Semua rim Inovit direka dan dijuruterakan di California. Pengenalan rim Inovit di pasaran Malaysia akan bermula model monoblock sebelum jenis gayaan multi-pices diperkenalkan kepada pengguna. 

Rim jenis tuang (cast) itu ditawarkan dalam saiz 19 inci (tiga pilihan reka bentuk) dan 20 inci (tujuh reka bentuk), ia sesuai untuk dipasang pada MPV mewah kegemaran rakyat Malaysia iaitu Alphard dan Vellfire. 

Sekiranya berminat, anda boleh memiliki satu set rim Inovit pada harga bermula RM6,200 untuk saiz 19 inci dan RN7,500 bagi saiz 20 inci. 

Berita baik untuk pembeli, anda akan menerima baucar bernilai RM1,000 bagi setiap pembelian rim Ronin atau Inovit. Hah, nak tunggu apa lagi, pergi lah cepat.

GALERI

Google ads
Back to top button