Artikel Pilihan

RIWAYAT HIDUP – AKU SEBUAH MITSUBISHI LANCER SPORTBACK

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Salam Sejahtera dan Salam Mesra buat semua pembaca Mekanika yang sangat dikasihi. Tentu korang semua amat mengenali aku. Dari hadapan, pasti ramai yang ingat aku ini adalah Mitsubishi Lancer GT atau pun Evo. Tapi setelah diperhatikan betul – betul, nampak serupa tapi bukan dia. Aku adalah Mitsubishi Lancer Sportback. Ini adalah kisah hidup aku.

BACA : RIWAYAT HIDUP – AKU SEBUAH PROTON SUPRIMA S 

BACA : RIWAYAT HIDUP – AKU SEBUAH SUZUKI KIZASHI

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Sekitar tahun 2008 ketika Geneva Motor Show, ketika itulah aku mula diperkenalkan khayalak umum tentang kehadiran aku di dunia yang nyata ini.

Sudan tentu kelahiran aku ini bagi menemani abang kembar, si Lancer yang terlebih dahulu menemui masyarakat umum di awalnya. Itu jam, reka bentul gril hadapan serupa muncung jet pejuang memang tengah betul – betul hot. Semua model pakat nak guna rupa sebegini.

Di awalnya, aku turut dibekalkan dengan opsyen enjin 2.0 turbo. Sikit lebih kurang aja dengan enjin Evo X ketika itu. Barulah kena dengan reka bentuk hatchback aku yang mengancam ini kan? Secara kebetulan juga Subaru turut mempunyai Impreza STi versi hatchback. Cuma yang itu jauh lebih lakulah berbanding aku ini. Entah mengapa pun tidaklah pula aku pasti.

Memandangkan kembar aku si Lancer GT terlebih dahulu menjengah pasaran Malaysia, maka sewajarnya juga Mitsubishi Malaysia membawa masuk aku ke sini. Cuma yang tak berapa nak best adalah pilihan enjin yang ditawarkan adalah daripada 4B12 2.4 liter. Pakai enjin besar memang sedap pecut atas lebuhraya. Tapi bila nak perbaharui cukai jalan memang haru juga dibuatnya,

Secara standard-nya, enjin MIVEC ini mampu menghasilkan kuasa sekitar 168 HP dan tork 226Nm. Dipadankan pula dengan kotak gear CVT enam kelajuan.

Dengan aras harga RM130,000, pembeli ketika itu sudah boleh mendapatkan aku yang dibawa masuk secara CBU daripada Jepun. Berbekalkan rupa yang menawan tetapi spesifikasi barai pun tak guna juga kan? Aku turut dilengkapi dengan Dual Air Bag, Active Stability Control (ASC) dengan Traction Control, ABS + EBD dan juga Brake Assist.

Tempat duduk yang dibaluti kulit serta rim sukan bersaiz 18 inci jelas menyerlahkan lagi ke-hensem-an yang ada pada diri aku ini. Kira macam aku ini hadir dengan pakej yang lengkaplah di sini.

Namun sayang, rekod penjualan aku tidaklah begitu bagus di sini. Ternyata pemilihan enjin yang kurang tepat barangkali merupakan dosa besar. Pembeli lebih menyukai Lancer GT / EX atau pun si Inspira tu. Huh, menyampah betul aku.

Tapi ada suatu perkara yang membuatkan aku sedikit sugul. Jenama Lancer kini semakin dilupakan. Sepatutnya jenama inilah yang harus dipulihara. Selain daripada Pajero, Lancer juga ini dianggap sebagai ikon Mitsubishi. Setuju?

Google ads
Back to top button