Artikel PilihanBuletin

RN30, 375HP: TUNGGU SEBENTAR. JADI, INI MEMANG HYUNDAI?

Hyundai bukanlah kereta yang anda nak beli sebab rekabentuk sporty. Potensi untuk pengubahsuaian atau peralatan aftermarket nya juga mungkin sama susahnya nak cari rak stereng Fiat Brava. Samada terhad, atau tak ada langsung. Satu-satunya kereta produksi Hyundai yang agak bermotif sport mungkin Veloster. Rupa macam kacang kena pijak.

Tapi Korea ni dia ada semangat macam orang Jepun. Mereka tak mahu selama-lamanya dilihat sebagai pembuat kereta penumpang yang bosan (dah memang pun). Hyundai mula mengalihkan perhatian industri kepada model-model baru berbentuk konsep yang sangat sporty. Malah kami boleh katakan, ia lebih sporty melebihi standard kereta Jepun atau Eropah.

Hyundai RN30 (6)

Ia didakwa sebagai model paling dekat dengan produksi. RN30 ini dipamerkan di Paris Motorshow baru-baru ini dengan gaya yang cukup sporty. Hyundai memaklumkan mereka bersedia untuk menghasilkan konsep N ini ke pasaran. Kelas N ini merujuk kepada siri kerangka i30, atau dalam bahasa industrinya segmen C, atau lebih mudah nak faham ia adalah Civic Type R versi Hyundai.

Jadi bagaimanakan untuk membuat sebuah kereta yang dikuasai oleh Civic Type R, Ford Focus RS, A45 AMG dan Volkswagen Golf GTi? Hyundai dikatakan akan menggunakan kepakaran mereka untuk menaiktaraf enjin 4 selinder kepada 375 kuasa kuda dan 333 paun tork. Memang mengagumkan kalau jadio realiti.

Hyundai RN30 (3)

Kuasa enjin RN30 akan dihantar ke empat-empat roda dengan kotak transmisi klac berkembar, LSD (Limited Slip Differential) dengan sistem elektronik sepenuhnya. Ya. Ia akan dipasangkan dengan sistem pacuan semua roda. Sudah tentu pengendaliannya lebih baik.

Sebagai motif prestasi, bahagian dalaman kereta ini kelihatan lebih kepada rupa trek perlumbaan berbanding kereta ke kedai membeli kicap. Ia dipasangkan dengan kamera belakang, depan dan sisi. Tapi ini adalah konsep, nak pasang apa pun boleh. Bila jadi produksi, lazimnya praktikaliti dan homolagasi undang-undang mengatasi segalanya.

 

Hyundai RN30 (4)Hyundai RN30 (2)Hyundai RN30 (1)Hyundai RN30 (8)Hyundai RN30 (7)Hyundai RN30 (6)

 

 

Google ads
Back to top button