
ROLLS-ROYCE CULLINAN BLACK BADGE SERIES II – SUPER DUPER WOW NI!
Rolls-Royce telah memperkenalkan SUV premium ultra mewah Cullinan generasi kedua yang kelihatan cukup baik, sama seperti Cullinan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Rolls-Royce juga telah melancarkan Black Badge Cullinan Series II yang baharu bersama varian standard Cullinan. Dan ini merupakan SUV adalah tentang “ekspresi Rolls-Royce yang berkembang dan lebih mendalam”.
Rolls-Royce Black Badge Cullinan Series II menegaskan kehadirannya dengan penampilan bahagian hadapan yang sedikit berbeza. Paling ketara ialah reka bentuk pengambilan udara yang lebih rendah. Di atas ini ialah gril Pantheon yang cukup ikonik. Untuk Black Badge Cullinan Series II ini, grilnya disiapkan dalam ciri khas siri Hitam, walaupun ‘garisan ufuk’ perak mewujudkan rasa keluasan dengan bingkai lampu DRL menegak. Sebagai pilihan, pelanggan juga boleh memilih dengan kemasan serba hitam.

Elemen perincian pada bahagian luaran badan kenderaan termasuklah patung Spirit of Ecstasy, juga disiapkan dalam kemasan warna Hitam. Buat pertama kalinya dalam sejarah Black Badge, kini kemasannya menjangkau dari sekeliling tingkap, lembing pintu hingga ke pemegang pintu. Setiap bahagian disiapkan dengan tangan oleh tenaga kerja pakar mereka.

Juga terdapat kemasan krom pada beberapa bahagian badan kenderaan untuk menampilkan lebih imej elegan dan eksklusif. Dan melengkapkan penampilkan luaran SUV yang cukup premium adalah rim bersaiz 23 inci, serupa dulang dia punya besar tapi tak besar mana pun sebenarnya. Dan tahukah, ini merupakan rim bersaiz paling besar yang pernah dipasang pada Rolls-Royce.
Pada bahagian dalamnya menampilkan sesuatu yang lebih eksklusif di mana tempat duduknya terdapat sulaman yang cukup rumit yang bersalut dengan fabrik rayon yang diperbuat daripada buluh. Sejumlah 2.2 juta jahitan dan 11 batu benang diperlukan untuk menyiapkannya dengnan semua kemasan logam di bahagian dalam juga telah digelapkan termasuklah corong pendingin hawa yang menggunakan teknik pemendapan wap fizikal agar warna gelapnya tidak akan mudah pudar.

Dari segi trenkuasa, Rolls-Royce masih lagi mengekalkan enjin 6.75L V12 turbo berkembarnya yang terbukti dapat menghasilkan kuasa 600 HP dan tork 900 Nm . Dinamik pemanduan yang dipertingkatkan disokong oleh transmisi adaptif auto lapan kelajuan dan sistem pendikit untuk pengalaman pemanduan yang responsif.
Tiada harga rasmi yang dimaklumkan, namun berdasarkan model terdahulu, harganya sudah pastilah sedikit keras.
BACA : BENTLEY DOMINATOR IALAH BAPA KANDUNG ROLLS-ROYCE CULLINAN – BIAR BETUL?
BACA : ROLLS-ROYCE CULLINAN KALIS PELURU BINAAN KLASSEN – RM8.7 JUTA SEUNIT