" "
Artikel Pilihan

BENTLEY DOMINATOR IALAH BAPA KANDUNG ROLLS-ROYCE CULLINAN – BIAR BETUL?

Kisah ini sudah lama berlaku dan sedikit berbelit. Rolls Royce Cullinan dikatakan sebuah super SUV yang paling mewah, paling berkilauan dan paling selesa pernah dihasilkan tapi betul ke ia SUV mewah yang kedua di dunia? Eh siapa yang pertama?

Tempat pertama sebelum ini dikatakan milik Bentley Bentayga dan sebaik Cullinan diperkenalkan, ia terus merampas takhta sebagai sebuah SUV paling mewah pernah dihasilkan. Tapi rupa-rupanya ada SUV lain yang lagi mewah dan lagi otai. Jumlahnya pula sangat-sangat rare dan dimiliki oleh tidak lain dan tidak bukan Sultan Hassanal Bolkiah dari negara jiran kita, Brunei.

Inilah ayah kepada kedua-dua SUV mewah yang kita kenali dan ia dinamakan Bentley Dominator. Pergh, nama pun dah ganas. Ia dihasilkan sekitar tahun 90an khusus untuk Sultan Brunei dan semesti memegang rekod sebagai SUV mewah pertama di dunia. Kenapa kita gelar dia ayah kepada Cullinan sedangkan mereka keluaran syarikat berbeza?

Jawapannya ialah kerana sebelum Bentley diambil alih oleh Kumpulan VW pada tahun 1998, Bentley sebenarnya dimiliki oleh Rolls Royce. Patutlah masa Cullinan diperkenalkan, rupanya memberikan kita gambaran Dejavu. Rasa macam pernah nampak je kat mana-mana.

Dunia sedia maklum dengan kekayaan Sultan Brunei dan koleksi kereta beliau yang merupakan antara terbanyak di dunia. Malah ada yang tidak pernah dketahui umum contohnya Dominator ini sehinggalah berita mengenainya terpampang dalam majalah Autocar tahun 1998.

Sebab itulah gambar-gambar yang ada ini pun sebenarnya gambar lama. Dalam dekad 90an, kalau anda seorang jutawan kosmetik timbang kilo ataupun hartawan yang mampu dan ingin memiliki sebuah SUV mewah cuma satu model sahaja yang boleh anda beli, Range Rover. Range Rover betul okey bukan Evoque ataupun Sports.

Bentley menghasilkan enam unit Dominator dan kesemuanya adalah untuk Sultan Brunei termasuk satu unit berwarna kuning terang dan satu unit lagi berwarna merah. Kesemuanya mempunyai kemasan krom di bahagian luar termasuklah rimnya yang juga mempunyai tema yang sama.

Bahagian dalam tak payah cerita, memang mewah habis dengan kemasan kulit asli dan elemen kayu tulen dan bukannya plastik yang diwarnakan dengan warna kayu (ah korang faham sendiri la macam mana).

Dominator diasaskan dari Range Rover generasi P38A jadi ia juga menggunakan sistem pacuan semua roda. Ada setengah pihak menyatakan ia dilengkapi dengan enjin V8 sama seperti Range Rover tapi ia kekal misteri sebab Bentley tidak pernah berkongsi spesifikasi Dominator ini kepada sesiapa pun.

Rolls Royce Cullinan memang akan menjadi sensasi dan lambang kekayaan sesiapa yang bakal memilikinya tetapi takhta SUV super mewah pertama di dunia kekal milik Dominator. Nama pun dan macam juara gusti sedunia.

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button