Buletin

UMWT CATAT HASIL JUALAN 7,345 UNIT APRIL 2024, LANCAR PROMOSI BULAN MEI ‘PEACE OF MIND WITH EVERY DRIVE’

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatat hasil jualan sebanyak 7,345 unit (Toyota + Lexus) bagi bulan April 2024.

Melihat lebih terperinci, jumlah jualan bulanan itu terdiri daripada 7,213 unit untuk Toyota dan 132 unit untuk Lexus.

Dengan pencapaian ini, jumlah jualan tahun sehingga kini adalah pada 30,789 unit.

Selain itu, UMWT telah menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran hatchback segmen B bukan nasional dengan pengenalan Toyota Yaris G Limited edisi terhad.

Dengan hanya 600 unit tersedia, tambahan terbaru ini disesuaikan untuk pemandu Generasi Z, menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan dinamik.

Sementara, sektor komersial telah dirangsang dengan pengenalan Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB).

Model ini hadir dengan peningkatan saiz, menawarkan ruang lebih luas d untuk penumpang dan kargo, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jauh.

Dari segi dimensi, ia mempunyai lebar 1,950mm, ketinggian 2,280mm, dan jarak roda 3,860mm.

Toyota Hiace SLWB dikuasakan oleh 2.8 liter 1GD-FTV turbo-diesel enjin, menghasilkan 177PS pada 3,400rpm dan 450Nm tork antara 1,600 hingga 2,400rpm.

Perkembangan berkaitan, UMWT turut mengembangkan rangkaian pengedarnya, dengan pengenalan Laser Motor 4S Sdn Bhd di Seremban.

Kemudahan 3S baharu itu menawarkan Pusat Kemudahan Jualan & Perkhidmatan kepada pelanggan di Oakland, Seremban, menampilkan 10 ruang servis.

Bukan itu sahaja, untuk menambah baik pengalaman pembelian pelanggan, UMWT melancarkan  promosi bulan Mei iaitu ‘Peace Of Mind With Every Drive’.

Tawaran ini termasuk rebat sehingga RM7,500 dan pembiayaan sehingga 100 peratus, merentas tiga belas model Toyota, termasuk Toyota Yaris yang baru dikemas kini dan Vios serba baharu, dengan ansuran bermula dari serendah RM658 dan RM688.

Tambahnya lagi, Program Toyota Service Savers juga menyediakan pilihan untuk ansuran bulanan bermula daripada RM31.

Google ads
Back to top button