Buletin

RON95 & RON97 NAIK 7 SEN. KINI RM1.38 & RM1.68 SELITER

Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak tujuh sen seliter iaitu daripada RM1.31 seliter kepada RM1.38 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan, harga runcit bagi petrol RON97 juga naik sebanyak tujuh sen seliter iaitu daripada RM1.61 seliter kepada RM1.68 seliter.

Sementara harga runcit bagi minyak diesel naik sebanyak enam sen seliter kepada RM1.51 seliter berbanding RM1.45 seliter sebelum ini.

“Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Google ads
Back to top button