Buletin

RON97 NAIK 37 SEN LAGI. KINI RM4.70 SELITER!

Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter bagi tempoh 26 Mei 2022 hingga 1 Jun 2022 yang menjadikannya daripada RM4.33 naik kepada RM4.70 seliter.

Bagaimanapun, harga bagi RON95 dan diesel kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter. Harga tersebut diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Biarpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” jelas kementerian itu.

Google ads
Back to top button