
HARGA RON 95 & RON97 NAIK 3 SEN. DIESEL NAIK 4 SEN. BERMULA 13 HINGGA 19 FEBRUARI 2021
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen seliter, manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula 13 Februari sehingga 19 Februari ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.96 seliter dan harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.26 seliter
Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.11 sen seliter kepada RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.