Buletin

RON95 DAN RON97 NAIK 3 SEN. DIESEL NAIK 4 SEN. BERMULA 6-12 FEB 2021

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 3 sen seliter untuk tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 12 Februari 2021.

Kenaikan itu menjadikan harga RON95 RM1.93 seliter dan RON97 pula RM2.23 seliter berbanding RM1.90 dan RM2.20 seliter sebelum ini.

Harga minyak diesel juga naik 4 sen seliter menjadikan diesel Euro 2M kini RM2.11 seliter dan diesel Euro 5 RM 2.21 seliter,

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Google ads
Back to top button