Buletin
HARGA DIESEL TURUN 2 SEN. RON95 & RON97 KEKAL
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal pada RM1.90 seliter dan RM2.20 seliter untuk seminggu lagi.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel yang sebelum ini RM2.09 seliter pula turun sebanyak dua sen kepada RM2.07 seliter.
Harga minyak baharu ini berkuat kuasa bermula 30 Januari sehingga 5 Februari depan.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).