Peranti

SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM

Samsung Malaysia Electronics semalam melancarkan satu peranti baharu dikenali sebagai Samsung GALAXY S4 zoom. Ia merupakan gabungan telefon pintar S4 dengan kemampuan fotografi termaju.

Menjadi sebahagian daripada keluarga GALAXY S4, Samsung GALAXY S4 zoom sebenarnya adalah misi Samsung untuk menghasilkan sebuah peranti yang mampu menggabungkan ciri telefon pintar dengan kamera kompak.

peranti - s4 zoom (3)

Dengan keupayaan 10x Optical Zoom, 16 Mega Pixel CMOS Sensor, OIS, Xenon Flash dan teknologi terkini GALAXY S4, GALAXY S4 zoom sememangnya menetapkan satu penanda aras baharu dalam aspek fotografi pada sebuah telefon pintar.

peranti - s4 zoom (12)

“Pengenalan GALAXY S4 zoom pasti dapat meningkatkan pengalaman para pelanggan kami. Keperluan untuk merakam dan berkongsi momen-momen bermakna dalam imej berkualiti tinggi semakin meningkat. Dengan menggabungkan fungsi dan ketersambungan Samsung S4 dengan fotografi berkualiti tinggi, GALAXY S4 zoom sememangnya menawarkan yang terbaik,” kata Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon.

Peranti ini sesuai untuk mereka yang malas untuk membawa telefon pintar dan kamera secara berasingan.

peranti - s4 zoom (13)

Aplikasi Zoom Ring menawarkan cara yang mudah untuk mengakses ciri-ciri utama GALAXY S4 zoom. Apabila anda sedang menggunakan telefon dan ada sesuatu untuk dikongsi, Zoom Ring akan mengaktifkan ciri  In-Call Photo Share yang membolehkan anda merakam gambar dan menghantarnya secara terus melalui MMS kepada rakan-rakan.

Bagi memudahkan navigasi kamera, Zoom Ring boleh digunakan untuk mengaktifkan ciri Quick Launch dan Shortcut. Jadi anda boleh mengakses pelbagai mode kamera seperti Auto, Gallery dan Smart Mode dengan pantas.

peranti - s4 zoom (7)

Zoom Ring juga merevolusi kawalan zoom kamera konvensional. Kawalan zoom optikal menggantikan dial dan butang tradisional dengan kawalan digital yang mudah dioperasi.

Menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2, GALAXY S4 zoom memiliki banyak persamaan dengan Samsung S4. Jadi, anda pasti tidak memerlukan masa yang lama untuk membiasakan dirinya dengannya.

peranti - s4 zoom (6)

Merujuk kepada beberapa buah laman web, GALAXY S4 zoom ditawarkan pada harga sekitar RM1,700 seunit.

[hr] Galeri 

peranti - s4 zoom (1)peranti - s4 zoom (2)peranti - s4 zoom (5)peranti - s4 zoom (10)peranti - s4 zoom (11)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button