
SAMSUNG BAKAL LANCAR GALAXY S23 ULTRA BMW M EDITION, 1000 UNIT SAHAJA
Berita baik buat para pengguna setia Android yang turut meminati jentera pantas BMW M.
Samsung bakal melancarkan peranti pintar baharu Galaxy S23 Ultra BMW M Edition menerusi kolaborasi antara BMW Korea dan SK Telecom.
Rekaan peranti itu akan dibuat berdasarkan warisan sejarah jenama BMW M, seperti diecast khas yang memberikan penghormatan kepada M3 generasi pertama, diikuti dengan casing phone yang membawakan rekaan jeriji M3 generasi terkini.
Selain itu, peranti pintar itu juga akan menampilkan grafik permulaan khas yang memainkan logo tiga jalur BMW M, tema spesifik M, serta pemasangan aplikasi keahlian khas BMW Vantage yang menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuklah pakej pembelajaran pemanduan dinamik daripada juruajar professional.
Tidak cukup dengan itu, BMW turut menyertakan tujuh jenis emblem yang boleh dipasang dan dicabut dalam pakej pembelian, bertepatan dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 BMW M.
Ditawarkan khas untuk pasaran Korea Selatan, hanya 1,000 unit sahaja peranti Galaxy S23 Ultra BMW M Edition yang akan dilancarkan pada 17 Februari nanti.