SAMSUNG LANCAR GALAXY S23 ULTRA BMW M EDITION, TERHAD 1,000 UNIT
Samsung bakal mengeluarkan telefon pintar Galaxy S23 Ultra BMW M edition edisi terhad dengan pelancaran rasmi akan diadakan pada 17 Februari ini di Korea Selatan.
Telefon pintar edisi terhad ini merupakan hasil usaha sama antara BMW Korea dan SK Telecom. Bukan sekadar edisi khas, Galaxy S23 Ultra ini didatangkan dengan peranti yang menarik dari segi estetik dan keupayaan teknikal terkini.
Reka bentuk Galaxy S23 Ultra BMW M Edition secara jelas adalah berdasarkan BMW M serta terdapat pakej die-casting khas untuk memberi penghormatan kepada model M3 generasi pertama, M3 E30, yang pertama kali muncul pada tahun 1986.
Sarung telefon kulit pula mengambil inspirasi daripada bonet dan kidney gril menegak model M3 generasi keenam. Selain itu, ia juga menampilkan video khusus yang memaparkan logo jalur tiga warna selain skrin tema khusus M.
Salah satu ciri menonjol Galaxy S23 Ultra BMW M Edition ialah tujuh jenis lambang boleh tanggal yang disertakan dalam pakej untuk memperingati ulang tahun ke-50 jenama BMW M.
Selain itu, turut disertakan ialah jam kereta dengan reka bentuk M, klip pelindung matahari kenderaan, pam udara, pelekat logam huruf M, dan buku foto serta poster sejarah BMW.
Sebagai bonus tambahan, semua pembeli dibekalkan dengan ‘Baucar Pek Permulaan’ Pusat Pemanduan BMW di mana mereka boleh mempelajari tips pemanduan selamat dan kemahiran pemanduan dinamik daripada pengajar profesional.
Galaxy S23 Ultra BMW M Edition akan dihadkan kepada hanya 1,000 unit. Pra-pesanan telah pun bermula di Korea sehingga 13 Februari melalui pusat beli-belah dalam talian rasmi SK Telecom, T Direct Shop.
- BACA: GEELY MAHU BUAT TELEFON PINTAR PULA. SASAR JUALAN 3 JUTA UNIT PADA TAHUN PERTAMA
- BACA: HUAWEI TEWASKAN APPLE SEBAGAI PENGELUAR TELEFON PINTAR TERBESAR DUNIA
- BACA: TAMBAH KUASA FORD FIESTA ST GUNA APLIKASI TELEFON PINTAR
- BACA: HYUNDAI BANGUNKAN KUNCI DIGITAL – BUKA/HIDUPKAN KERETA GUNA TELEFON PINTAR SAHAJA