Pandu Uji

BMW ActiveHybrid 7L di Malaysia – RM938,800

Sempena acara Kejohanan Tennis Terbuka BMW Malaysia 2013 yang berlangsung di Royal Selangor Golf Club hingga Ahad nanti, BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan barisan model 7 Series-nya untuk pasaran tempatan

Model hibrid ketiga jenama itu yang dibawa masuk, BMW ActiveHybrid 7L merupakan limousin mewah dengan ciri teknologi termaju diperkenalkan waktu ini. Sebelum model berkenaan, BMW juga sudah memperkenalkan model ActiveHybrid 3 dan ActiveHybrid 5.

BMW-ActiveHybrid-3

Turut diperkenalkan pada majlis pelancaran berkenaan adalah dua lagi model 7 Series, iaitu BMW 730Li dan BMW 740Li.

Teknologi serba baru: Enjin BMW TwinPower Turbo 

Menjadi nadi kepada pengenalan model terbaru ini adalah teknologi enjin serba baru yang digunakan bagi model petrolnya. Enjin 3.0 liter 6-silinder dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang ada dipadankan dengan sistem transmisi automatik pintar 8-kelajuan dan berupaya meningkatkan kecekapan penggunaan petrol serta mengurangkan pembebasan sisa pembakaran enjin.

BMW 730Li memberikan sehingga 258hp kuasa maksimum dan 310Nm Tork. Namun, kadar penjimatan berada pada tahap mengkagumkan; 8.7 liter untuk setiap 100km, 11 peratus lebih cekap berbanding pendahulunya sebelum ini.

BMW-ActiveHybrid-8

Bagi BMW 740Li pula, kuasanya lebih tinggi; 320hp dan 450Nm tork dengan bacaan penggunaan minyak pada kadar 7.9 liter untuk setiap 100km. Ini membolehkannya mencapai kecekapan 21 peratus lebih baik daripada versi terdahulunya.

BMW ActiveHybrid 7L menjadi model paling utama dilengkapi oleh pelbagai ciri dan teknologi termaju daripada BMW. Dengan motor elektrik yang menjana 55hp kuasa, dengan kombinasi enjin+motor yang mampu memberikan kuasa keseluruhan 354hp. Ini adalah suatu angka membanggakan, sekaligus membekalkan prestasi yang diluar jangkaan terutama bagi sebuah kereta hibrid.

Model berkenaan turut dilengkapi dengan fungsi Start/Stop yang dibangunkan khas untuk teknologi hibrid. Bergantung kepada keadaan caj bateri semasa, enjin akan hidup semula selepas berhenti sebelumnya apabile kenderaan ini mencapai kelajuan 60kmj. Dengan mod ECO PRO pula, pemandu boleh merasakan pemanduan senyap sepenuhnya tanpa enjin, sehinggalah kelajuan mencecah 160kmj untuk enjin kembali dihidupkan.

BMW-ActiveHybrid-7

“Sempena kami menyambut ulang tahun ke-10 BMW di Malaysia, barisan 7 Series terbaru ini menjadi pernyataan yang penting buat kami untuk terus mapan dan menyumbang kepada perkembangan industri automotif, terutama di Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils.

Harga BMW 7 Series Serba Baru:

  1. BMW 730Li – RM648,800
  2. BMW 740Li – RM818,800
  3. BMW ActiveHybrid 7L – RM938,800
[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

BMW-ActiveHybrid-4BMW-ActiveHybrid-5BMW-ActiveHybrid-8 BMW-ActiveHybrid-9BMW-ActiveHybrid-6
[hr]

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button