BuletinMotosikal

SAYONG MINI FUN RACE BERLANGSUNG MERIAH!

Sempena tarikh Hari Sukan Negara yang jatuh pada setiap 13 oktober 2018, Komuniti Motorcross Sayong Riverside telah mengadakan satu perlumbaaan mini pemanas badan buat penggemar sukan motorcross.

Bertempat di kampung Sayong Kuala Kangsar Perak, acara perlumbaan ini melibatkan beberapa kategori. Antara kategoriyang dipertandingkan adalah, MX open, CubCross, Veteren, Endurance dan juga Junior.

Penyertaan kali ini sangat meriah dan berjaya menarik penyertaan sebanyak 90 pelumba yang kebanyakannya datang dari negeri Perak.

Siapa sangka kampung Sayong yang terkenal dengan imej pelancongan industri Labu Sayong ini juga rupa rupanya mempunyai Litar Lumba Motorcross sementara mereka sendiri.

Ini merupakan antara salah satu tarikan pelancong ke Kuala Kangsar khususnya dan ke negeri Perak secara amnya.

Litar ini sangat strategik dimana ianya dibina betul-betul di tepi Sungai Perak dan jauh dari kawasan perumahan awam. Dengan adanya aktiviti sebegini secara tak lansung ianya memberi impak positif kepada ekonomi penduduk tempatan yang berniaga dan memeriahkan sektor pelancongan bagi kawasan Kuala Kangsar Perak.

Ini juga sedikit sebanyak memberi ruang kepada anak muda dan kanak-kanak berlumba di saluran yang betul tanpa terlibat dengan gejala lumba haram.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan para penaja dan juga ahli ahli komuniti yang turut sama menyumbang masa hadiah dan wang ringgit demi menjayakan aktiviti sihat sebegini.

Kepada geng Kuala Kangsar, Ipoh, Batu Gajah, Taiping, Bukit Gantang, Manjung, Lenggong, Sungkai dan banyak lagi, pihak penganjur memohon ribuan kemaafan sekiranya ada terkurang atau kelemahan di sepanjang acara mini fun race yang berlangsung kali ini.

Sehingga berjumpa lagi di Litar Motorcross Sayong Riverside di masa akan datang.

GALERI

Google ads
Back to top button