Buletin

LAGI PROTON 3S DIBUKA. KALI INI DI SANDAKAN, SABAH

Fook Loi Corporation (Sabah), (Fook Loi) dibuka secara rasminya sebagai cawangan pengedar PROTON yang baharu semalam.

Cawangan ini terletak di kawasan komersial dan perumahan, dan mudah untuk diakses melalui jalan utama. Ia juga terletak berdekatan dengan syarikat pengeluaran kereta yang lain, di mana kawasan tersebut mempunyai aliran trafik yang tinggi jadi mudah untuk pelanggan berkunjung ke kawasan tersebut dan melalui dari satu pengedar kereta ke pengedar yang lain untuk membeli kereta.

Ini merupakan satu kelebihan untuk Fook Loi kerana model akan datang PROTON, seperti X70; merupakan sebuah model yang mampu bersaing dengan jenama lain di pasaran. Ia merupakan satu peluang di mana ia menyediakan pelanggan dengan pilihan yang lebih luas untuk memilih kereta yang sesuai dengan keperluan mereka yang moden, di antara jenama kereta yang terdapat di situ.

Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Besar, Perancangan Rangkaian PROTON merasmikan majlis tersebut. Barisan Pengarah Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd dan ahli Pengurusan PROTON juga telah turut serta dalam majlis tersebut.

Menurut Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, – melihatkan pada sentimen positif PROTON di pasaran pada ketika ini, dia gembira dan teruja untuk menyertai kumpulan pertama pengedar baharu PROTON.

Peluang ini akan menghasilkan spektrum baharu untuk Fook Loi sebagai duta jenama PROTON, dan dapat memberikan pengalaman jualan dan perkhidmatan yang luar biasa untuk pelanggan baharu dan sedia ada.

Beliau turut menambah, usaha pemasaran telah dilaksanakan untuk memastikan aktiviti jualan dan perkhidmatan dapat dilakukan dalam memastikan syarikat bergerak seiring dengan hala tuju dan perkembangan perniagaan PROTON.

Google ads
Back to top button