" "
Motosikal

RASMI SUDAH KOLABORASI BAJAJ DAN TRIUMPH. MAHU JUAL MOTOSIKAL PADA HARGA BERMULA RM11K

Selepas dua tahun diumumkan, pengeluar motosikal dari India, Bajaj dan ikon Britain, Triumph akhirnya menandatangani perjanjian kerjasama semalam.

Penjanjian itu menyatakan bahawa Bajaj akan mengambil alih rangkaian pengedaran Triumph di India dan mewakili jenama tersebut di pasaran yang belum diterokainya. Semua model baharu yang akan diperkenalkan di pasaran sedia ada dan baru juga akan dipasarkan sebagai Triumph. 

Matlamatnya adalah untuk memanfaatkan kekuatan setiap syarikat dari segi imej jenama, kehadiran dalam pasaran serta pengalaman dari segi pengeluaran motosikal bersesaran kecil dan besar. 

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan khabar angin yang Bajaj dan Triumph akan mengukuhkan kehadiran mereka dalam segmen motosikal kecil dan sederhana. Mereka dilapor bakal membangunkan platform serta enjjin dengan seseran 200 hingga 750cc. Model pertama dijangka berada di bilik pameran pada tahun 2022. 

“Kami mensasarkan untuk menjual motosikal pada harga bermula AS$2,800 (RM11,380). Model-model baharu ini akan dijual di pasaran sedia ada Triumph seperti Eropah dan Amerika Utara. Tetapi tiada stuktur harga lagi buat masa sekarang. 

“Ini merupakan satu kerjasama yang penting buat Triumph dan saya gembira ia telah dibentuk secara rasmi. Selain dapat membawa jenama kami ke pasaran baru yang penting, produk hasil kerjasama ini akan dapat menarik minat pelanggan muda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Triumph Motorcycles, Nick Bloor.

Kerjasama itu dilihat sebagai langkah penting buat Triumph dalam mengembangkan jenamanya ke seluruh dunia, terutama di pasaran yang pantas berkembang seperti Asia Tenggara. Di samping mengukuhkan pasaran yang sudah matang seperti Eropah. 

Masih belum dapat dipastikan apakah model pertama Bajaj dan Triumph ini. Khabar angin sebelum ini menyebut ia mungkin model yang diinspirasikan daripada Bajaj Avenger 400 atau pesaing kepada Royal Enfield 500. 

Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali projek Street Triple dan Daytona 250 atau boleh menjadi pembuka jalan kepada model Bonneville kecil.  

Google ads
Back to top button