Buletin

LANGGAR MATI PENUNGGANG MOTOSIKAL, PEMANDU RANGER DIREMAN 4 HARI

Seorang pemandu trak pikap Ford Ranger yang melanggar penunggang motosikal sehingga maut di Jalan Kebun, Klang telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan. 

Peniaga ikan berusia 37 tahun itu akan direman sehingga 27 Januari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 42 APJ 1987 serta Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kecederaan.

Sampel ujian dadah dan alkohol pemandu tersebut sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan pihak polis masih menunggu hasil laporan. Jika keputusan dadah atau alkohol adalah positif, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 44 APJ 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000. 

Terdahulu, akhbar Harian Metro me;aporkan mangsa yang menunggang sebuah Yamaha Nuovo LC, Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, maut selepas dirempuh Ford Ranger dari arah bertentangan.

Dua orang penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Hazid Mohd Kamil, 27 dan Muhammad Anas Mokti, 27 turut cedera dalam kemalangan berkenaan. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button