
SELAMBA BAWA BERUANG JALAN-JALAN NAIK KERETA
Seorang wanita di Rusia akan membawa beruang Himalaya dikenali sebagai Toptyzhka berjalan-jalan menaiki kenderaan apabila menjaga haiwan berkenaan.
Veronika Dichka, 24 akan menjaga haiwan itu apabila ketiadaan tuannya.
Dia memberitahu beruang tersebut akan berkelakuan baik apabila menaiki kenderaan untuk bersiar-siar.
Veronika turut memaklumkan perasaan ingin tahu haiwan itu membuatkan ia berperangai jinak dan tidak mudah berasa takut ketika berada di dalam kereta.
“Apabila kami keluar bersiar-siar di dalam kereta, saya akan memberikannya makanan tambahan seperti sosej sebagai ganjaran.
“Toptyzhka sangat berminat dengan stereng kereta dan cuba mempelajari fungsinya,” jelas Veronika.
Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu dia mula menghabiskan masa dengan haiwan itu selepas menawarkan bantuan menjaganya daripada pemilik sebenar Toptyzhka, Maya Kirsanova.
“Ramai yang bertanya adakah saya berasa takut dengan Toptyzhka. Jawapannya tidak malah saya berasa selamat setiap kali berada di sampingnya,” ujar Dichka. – TheSun
- BACA: BERUANG KENA MARAH BUKA PINTU KENDERAAN. CIS!!! BARU NAK PERGI JALAN-JALAN
- BACA: CUBAAN ‘CURI’ MERCEDES GAGAL, BERUANG JADI BINTANG TIKTOK
- BACA: MONYET, GAJAH, BERUANG HIMALAYA, BURUNG MERAK KELUAR KE JALAN RAYA DI INDIA CARI MAKANAN
- BACA: AMUKAN GAJAH SEWA MAJLIS PERKAHWINAN. JAHANAMKAN KERETA DAN MOTOSIKAL