Artikel Pilihan

PAKEJ NAIKTARAF MAZDA SPIRIT, HASILKAN LEBIH KUASA PADA MODEL MAZDA 3 & MAZDA CX-30

Mazda di Jepun menawarkan satu servis baru yang berupaya membuatkan enjin pada model Mazda 3 dan juga SUV Mazda CX-30 menghasilkan lebih kuasa. Pakej naiktaraf ini dipanggil sebagai Mazda Spirit melalui talaan ECU enjin yang baru

Naiktaraf pertama dipanggil Spirit Upgrade D1.1 untuk pasaran Jepun khusus bagi model Mazda CX-30 1.8 SkyActiv-D turbodiesel, akan menaikkan kuasa kuda daripada 114 kuasa kuda @ 4000 RPM kepada 128 kuasa kuda @ 4000 RPM. Talaan ECU baru ini juga akan memprogram semula aliran gas EGR bagi mengurangkan lagi kesan turbolag

Walaupun tiada kenaikan pada nilai tork, talaan ECU yang baru ini menjadikan lengkungan graf tork menjadi semakin lebar bermula dari 2800 RPM sehingga 4300 RPM. Penghantaran tork ini adalah selari dengan kadar pedal minyak ditekan bagi menghasilkan rasa pecutan yang sekata bagi memudahkan pecutan ketika memotong

Antara model yang boleh menerima pakej naiktaraf ini ialah Mazda 3 dan CX-30 turbodiesel yang dibina antara April 2019 sehingga November 2020. Pakej ini ditawarkan dengan harga sekitar RM 1700 tanpa menjejaskan penggunaan bahan api dan diberikan jaminan OEM. Pakej ini juga tidak boleh diundur semula sebaik sahaja ia telah dilaksanakan.

Mazda juga menyatakan pakej naiktaraf bagi enjin SkyActiv-X akan dilancarkan dalam masa terdekat yang bukan sahaja menaikkan kuasa enjin tapi turut memberikan naiktaraf kepada sistem keselamatan. Pakej terbaru untuk model SkyActiv-X akan meningkatkan halaju Cruising & Traffic Support System serta sistem mengekalkan kenderaan di tengah-tengah laluan

Google ads
Back to top button