Buletin

SELEPAS MIKROCHIP, PENGELUAR KENDERAAN BAKAL ALAMI MASALAH KEKURANGAN BEKALAN GETAH PULA

Ketika pengeluar kenderaan terpaksa bergelut dengan masalah kekurangan mikrochip di peringkat global, kini industri tersebut dijanga berdepan dengan masalah bekalan getah pula. 

Penganalisis memberi amaran bekalan getah dunia semakin kritikal. Ia disumbang oleh peningkatan permintaan terhadap sarung tangan dan pembungkusan sepanjang tempoh pendamik. Bekalan getah juga terganggu akibat masalah kemarau, banjir dan penyakit pada daun yang melanda Vietnam dan Thailand, pengeluar utama getah. 

Perubahan aspek permintaan dan penawaran berlaku kerana China membeli getah dalam jumlah yang banyak tahun lalu untuk disimpan. 

Keadaan itu menyebabkan harga getah melambung tinggi kepada AS2 (RM4) sekilogram dan ia dijangka naik kepada AS$5 (RM20) dalam masa lima tahun akan datang. 

“Isu bekalan yang kita lihat sekarang bersifat struktural dan tidak akan berubah dalam masa singkat,” kata bekas Ketua Pegawai Ekskutif firma getah Halycon Agri Corp, Rober Meyer. 

Mengulas mengenai masalah bekalan itu, Ford dan Stellantis mengesahkan bahawa mereka kini sedang memantau serta mengakui masih belum merasa impaknya. General Motor pula menyatakan ia tidak bimbang dengan bekalan getah buat masa sekarang. 

Google ads
Back to top button