Artikel Pilihan

#IKLANPILIHAN: HONDA CIVIC EH3 CONVERT EG6 1993. FULLY LOADED. RM150K, DAPAT EK4 SiR. BUY 1 FREE 1!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semenjak dua menjak ni tak lena tidur dibuatnya memikirkan masalah serta kekangan kewangan yang ada.

Dengan kes COVID-19 yang semakin naik saban hari. Sehingga tak nampak sinar pun di hujungnya. Sales jangan cakap lah, sendu. Oleh itu, kerana terpaksa kurelakan juga.

Demi kelangsungan hidup serta kelangsungan bisnes. Dengan ini saya mengumumkan untuk menjual jentera kesayangan. Spesifikasi jentera adalah seperti yang tertera:

HONDA CIVIC EH3 CONVERT EG6 1993

  • Honda Civic EH3 convert EG6
  • Tahun 1993
  • Enjin B16A SR4 VTEC (2nd Gen)
  • ECU P30 Rechip
  • VTEC Engage at 4,500 RPM
  • Intake Manifold B16B Type R
  • S90 Throttle Body
  • Extractor 4-1
  • New Alternator (80 Amp)
  • New Alternator Belt
  • Gearbox 5 Speed Manual Y21
  • Type R Gear Knob
  • Engine Bay Spray (Pink)
  • Battery Relocate (Rear)
  • ZEAL (Endless) Adjustable HLSH
  • Aircond Function
  • Seat Recaro DC2R
  • Double Din Audio Player
  • EG6 Dashboard
  • EG6 Intrument Cluster
  • EG6 Steering
  • EG6 Front Bumper
  • EG6 Lips
  • EG6 Foglamp
  • EG6 Tong Ikan
  • JS Racing Carbon Fibre Hood
  • SPOON Carbon Fibre Spoiler
  • SPOON Carbon Fibre Side Mirror
  • Yellow SPOON Body Colour Code
  • New SPOON Rear Muffler (Copy)
  • Carbon Fibre Fuel Cap
  • DENJI Headlight with HID
  • Rear Titanium Strut Bar
  • Rear Wiper Function
  • Alarm System
  • Alloy Lower Arm
  • ADVAN Neova AD08R Tyre 4pc
  • TE37 Sport Rim (Auto Option)
  • Checkered Yellow Black Interior Carpet
  • Coco CROMAX Glass Driver & Passenger
  • Coco CROMAX Rear Windscreen

Dah baca ? Alhamdulillah. Sekarang saya terangkan satu persatu tentang jentera ini.

Kita bermula dari chasis. Chasis asal jentera ini berkod EH3 keluaran tahun 1993. Umum mengetahui bahawa Chasis EH3 didatangkan dengan enjin D16Z SOHC VTEC. Senang kata VTEC Single Cam. Enjin ini secara kasarnya mampu menghamburkan kuasa sebanyak 125hp.

Chassis EH3 kemudian disalin luar dalam lengkap dengan komponen-komponen daripada jentera EG6. Ditambah perisa dengan sedikit jajan. Apa jajannya ? Semuanya sudah ditulis di atas.

Sekarang kita pergi bab pengendalian. Jentera ini dilengkapi set adjustable suspension daripada jenama ZEAL. Jenama ZEAL datang dari Jepun di mana ia merupakan milik jenama brek bangsawan iaitu Endless. Selesa ? Semestinya TIDAK. Sekiranya diaplikasikan di trek, memang terbaik.

Janganlah ada niat nak bawa bakal mak mertua naik jentera ni. Melantun-lantun oi! Seterusnya, apa yang menjadikan pengendalian jentera ini mantap adalah disebabkan jentera ini dilengkapi set tayar ADVAN Neova AD08r yang sangat melekat ketika cuaca panas. Kalau hujan ? Jangan buat hal.

Akhir sekali kita pergi ke jantung jentera ini. Jentera ini menerima jantung baru iaitu enjin berkod B16A 2 Generation daripada varian Civic SR4 yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 170hp dan daya kilas sekuat 157Nm.

Enjin berada di dalam keadaan ‘stock’ dan hanya beberapa modifikasi dilakukan seperti “Rechip” ECU bagi membolehkan talaan dilakukan semula. VTEC buka pada 4,500rpm.

Sistem ekzos bermula dengan extractor 4-1 dan diakhiri dengan Muffler Spoon (copy) di mana senyap ketika idle dan menjerit menggila ketika ditekan.

Kuasa yang dihamburkan enjin kemudiannya disalurkan ke kotak gear 5-kelajuan manual berkod Y21. Nisbah gear adalah seperti berikut:

  • Gear 1 – 3.230
  • Gear 2 – 2.105
  • Gear 3 – 1.458
  • Gear 4 – 1.107
  • Gear 5 – 0.848
  • Gear Gostan – 3.000
  • Final Drive – 4.400

Oh ya. Enjin sudah di’endorse’. Oleh itu, tiada masalah untuk dibawa ke Puspakom melalui jalan tegak. Dijamin lulus.

Alhamdulillah. Selesai sudah sedikit sebanyak pencerahan tentang jentera ini. Jika ada keraguan, boleh hubungi saya terus.

Harga? RM150,000 dan masih ada ruang untuk berbincang. Mahal? Jangan terkejut dulu. Dengan pembelian unit ini, pembeli bakal menerima satu lagi jentera H yang akan menaikkan hierarki sebagai pengguna H serta merta. BUY 1 FREE 1.

Model apa? EK4 SiR. Amacam?  Kalau serius boleh hubungi saya di talian 012-7879593. Akhir kata, tolong lah beli. Nak pakai duit ni 😭

GALERI

Google ads
Back to top button