
SEORANG MAUT KAPAL BAWA 1.3 JUTA LITER DIESEL MELETUP DI SUNGAI CHAO PHRAYA
Sebuah kapal tangki membawa minyak meletup dan terbakar di Sungai Chao Phraya, Samut Prakan pada awal minggu ini menyebabkan seorang maut dan tiga yang lain cedera.
Menurut media tempatan Thethaiger, Jabatan Marin Samut Prakan menerima laporan sekitar pukul 9 malam semalam.
Katanya, kapal The Smooth Sea 2 sepanjang 75.5 meter yang membawa 17 penumpang dari Rayong tiba di jeti pada Selasa lalu.
Jelasnya, semasa kapal tangki itu berlabuh di jeti Samut Prakan, ia membawa 1.8 juta liter Gasohol 91 dan 1.3 juta liter minyak diesel.
“Anggota bomba mengambil masa selama 30 minit bagi mengawal kebakaran dan tiada tumpahan minyak ke sungai dilaporkan. Jabatan Marin sedang menyiasat punca kejadian tersebut,” katanya.
Bunyi dentuman kuat dapat didengari semasa letupan berlaku di kawasan itu. Akibatnya, tiga mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Bang Pakok 3 untuk menerima rawatan, manakala, dua lagi cedera ringan. – Utusan Malaysia
- BACA: INDONESIA SELARASKAN PLAT KENDERAAN. CHIP RFID UNTUK TOL, PENGUATKUASAAN & BAYARAN PARKIR ELEKTRONIK
- BACA: BUKAN DISAMBAR PETIR. PROTON ISWARA MELETUP KERANA PUNTUNG ROKOK TERKENA MERCUN BOLA
- BACA: PELANTAR MINYAK PETRONAS BOLEH MELETUP JIKA DILANGGAR KAPAL HANYUT MILIK SYARIKAT INDONESIA
- BACA: POLIS BRITAIN DIARAH PANDU TIDAK MELEBIHI 144KM/J. KHUATIR ENJIN JENTERA MELETUP

