COLORADO BAKAL LAKSANA NOMBOR PLET DIGITAL
Beberapa tempat di Amerika Syarikat sudah pun melaksanakan penggunaan nombor plet digital, dan ia bakal diikuti oleh Colorado.
Menurut laporan Carscoops, Colorado House of Representative telah pun meluluskan peruntukan undang-undang yang membolehkan pemilik kenderaan dan pemilik armada untuk memasang plet digital tersebut pada bahagian belakang kereta.
Pemilik yang mahukan penggunaan plet digital ini perlu membayar yuran tahunan yang agak mahal kepada syarikat Reviver, syarikat pengeluar nombor plet digital bermula serendah $600 (RM2,513) atau bayaran bulanan serendah $19.95 (RM83.54) selama 48 bulan.
Namun, kelebihan yang bakal dinikmati termasuklah tidak perlu memperbaharui pelekat nombor pendaftaran setiap tahun, ciri pengesanan lokasi dari jarak jauh serta memaparkan mesej penting seperti ‘Stolen’ (Dicuri).
Mujur sebarang pengiklanan menggunakan paparan digital tersebut adalah dilarang sama sekali – Carscoops