
SEORANG MOYANG MENCUBA MODEL UJI KERETA PEMANDUAN SENDIRI. HEBAT KATANYA!
Seorang datuk atau lebih tepat seorang moyang kepada lima anak berusia 93 tahun telah memuji teknologi pemanduan autonomi yang sedang dibangunkan oleh Nissan – mengatakan ia berpotensi untuk mengekalkan pemandu yang lebih tua sepertinya mudah alih dan bebas di kemudian hari.
Brad Ashton, 93 tahun dari Enfield, berpeluang untuk mengalami sendiri teknologi terbaharu tersebut ini apabila Nissan menandakan kemuncak projek penyelidikan evolvADnya. Beliau telah dijemput oleh Nissan untuk merasai pengalaman pemandua jalan di luar bandar berhampiran Pusat Teknikal syarikat di Cranfield, di mana kerja-kerja sistem pemanduan autonomi sedang giat dilakukan.

Brad Ashton adalah merupakan seorang pesara penulis skrip komedi yang telah menyediakan bahan untuk individu terkemuka seperti Groucho Marx, Tommy Cooper dan Les Dawson, telah memandu sejak 1947 lagi,
Dan kini Brad Ashton yang masih lagi gagah memandu dan memiliki model Nissan Micra yang digunakan sebagai mode pengangkutan untuk menjaga isterinya yang telah dikahwini semenjak dari tahun 1961. Beliau juga kadang kala memandu bersama isteri untuk pergi ke kedai bakeri yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Cockfosters.

Menurut Brad Ashton, beliau berasa teruja dengan teknologi baharu masa kini bagai manakah teknologi kereta yang dipandunya semenjak dari tahun 1947 sudah jauh berbeza tetapi harus akur untuk menerima menerimanya. Malah beliau cukup berbangga apabila menjadi orang tua pertama yang menguji model Nissan ini dengan pengalaman pemanduan autonomi mengembara di laluan desa yang berliku dengan selamat dan santai.
Menurut beliau lagi ditempatnya perkhidmatan bas adalah susah dan keperluan untuk memandu keluar bersama isteri adalah suatu keperluan. Tambahan pula perkhidmatan teksi juga tidak banyak ditawarkan dan beliau harus memandu untuk bergerak ke mana – mana bersama isteri. Jadi teknologi pemanduan autonomi seperti ini pasti akan sangat dihargai oleh beliau dan mereka yang tidak berupaya untuk memandu sendiri kereta.
Untuk rekod, Nissan mempunyai reputasi yang sewajarnya sebagai perintis dalam bidang pemanduan autonomi ini. Syarikat itu adalah salah satu daripada lima rakan kongsi industri yang minggu ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan projek penyelidikan pemanduan autonomi terkini UK – evolvAD sebuah sistem yang paling rigid setakat hari ini.

Ia direka berdasarkan projek AD yang disokong Nissan sebelum ini yang dijalankan di UK – HumanDrive dan ServCity – dengan matlamat keseluruhan adalah untuk membawa mobiliti autonomi lebih dekat kepada realiti sebagai sebahagian daripada visi global syarikat untuk dunia yang lebih selamat, bersih dan lebih inklusif.
Sebagai peneraju teknikal untuk evolvAD, Nissan telah membantu memudahkan pemanduan lebih 16,000 batu autonomi di sepanjang lebuh raya UK, jalan bandar, jalan kediaman dan lorong desa, tanpa sebarang kemalangan. Malah sesi ujian pemanduan autonomi yang serupa juga dijalan di Jepun meliputi laluan yang padat dan sesak.
BACA : HYUNDAI BANGUNKAN ROBOT AUTONOMI UNTUK PADAM KEBAKARAN EV, BOLEH KAWAL DARI JAUH
BACA : MAJORITI MERAGUI, TIDAK PERCAYA KEBOLEHAN KENDERAAN AUTONOMI