Motosikal

BARISAN MODEL KTM 390 TIBA DI MALAYSIA – DARI RM27,300

Baru-baru ini KTM Malaysia telah pun melancarkan empat model 390 baharu menerusi 390 Adventure X, 390 Adventure R, 390 Enduro R dan 390 SMC R. 

Keluarga 390 baharu ini membuat debut global di EICMA 2024 dan akhirnya mendarat di Malaysia.

Keempat-empat model ini menandakan komitmen terbaru KTM Malaysia dalam mempromosikan motosikal jenama Eropah pada harga yang lebih mampu milik. 

“Kami kembali. Pelancaran ini satu langkah signifikan bagi KTM Malaysia dalam memenuhi permintaan penunggang motosikal bagi tujuan penggunaan harian, kembara dan off-road,” jelas Pengurusan Pemasran Nasional KTM Malaysia, Goi Seong Keng. 

Barisan model kali ini menawarkan fungsi yang pelbagai bermula dengan KTM 390 Adventure R dan KTM 390 Enduro R yang memfokuskan tunggangan off-road. Sementara, 390 Adventure X pula direka untuk kegunaan jalan raya dan kembara di samping menawarkan keupayaan off-road yang ringan. 

Bagi yang inginkan pengalaman menunggang yang agresif dan penuh karakter, KTM Malaysia menawarkan 390 SMC R yang merupakan pilihan yang lebih mampu milik berbanding 690 SMC R. 

Google ads
Back to top button