
SHELL ADVANCE AX7 – LEBIH JIMAT, LEBIH POWER!
Nak motor anda berfungsi macam superstar jalanan? Cubalah Shell Advance AX7 10W-40 dan 15W-50, minyak enjin yang menjamin penjimatan bahan api, kebersihan enjin, serta perlindungan dari suhu tinggi.
Bayangkan, setiap kali anda tunggang motor, enjin rasa smooth, power macam baru keluar kedai.
Dengan Shell Advance AX7, bukan saja enjin lebih tahan lama, tapi juga lebih berprestasi!
Melalui Shell Advance AX7 10W-40 dan Shell Advance AX7 15W-50, ia adalah minyak enjin boleh dipercayai dan sudah pasti, menawarkan beberapa kelebihan utama seperti penjimatan bahan api, menjaga kebersihan piston dan enjin, perlindungan daripada suhu tinggi serta melindungi komponen daripada masalah kehausan.
Dengan kelebihan-kelebihan ini, ia berupaya memastikan penjimatan dapat dilakukan dan lebih power lagi, tentunya ia akan memastikan jentera pengguna dapat berfungsi dengan maksima.
Kelebihan utama Shell Advance AX7 10W-40 dan Shell Advance AX7 15W-50:
1. Jimat Bahan Api: Menyediakan jarak perjalanan sehingga 3km lebih jauh per liter berbanding minyak mineral premium.
2. Menjaga Kebersihan Piston dan Enjin: Menjaga enjin sehingga 33 peratus lebih bersih.
3. Perlindungan daripada suhu tinggi serta melindungi komponen daripada masalah kehausan: Menyediakan perlindungan haus sehingga 36 peratus lebih baik berbanding had API.

Shell Advance AX7 15W-50 lebih pekat menjanjikan kelancaran penghantaran kuasa dan perlindungan lebih baik bagi enjin digunakan dalam tempoh yang lama dalam keadaan tekanan enjin yang tinggi.
Sementara, Shell Advance AX7 10W-40 pula mempunyai formulasi seimbang – memenuhi keperluan hampir semua jenis motosikal bagi penunggangan harian selain, amat sesuai memberikan perlindungan bagi keadaan lalu lintas yang terhenti-henti.
Secara ringkas, Shell Advance AX7 sememangnya berbaloi, apatah lagi ia akan memberikan pulangan jangka panjang kepada pengguna.
Bukan itu saja, elemen-elemen utama seperti teknologi, nilai, ketahanan serta kepercayaan – sesuai dengan slogan ‘Outride Anything’ atau ‘Redah Apa Saja’ – sekaligus dapat memperkasakan pengguna dalam setiap perjalanan.
Dengan fokus pada aspek-aspek ini, Shell Advance AX7 10W-40 dan Shell Advance AX7 15W-50 berupaya memenuhi keperluan pengguna – jimat, premium dan berprestasi unggul!
- BACA: JAECOO J7 PHEV TIBA DI MALAYSIA: JARAK GERAK 1,300KM, 342HP, ANGGARAN HARGA RM170K
- BACA: BAU KEDAI TAK SEMPAT HILANG, LAMBORGHINI REVUELTO MILIK ‘INFLUENCER’ TERBAKAR
- BACA: HYUNDAI SANTA FE TIBA DI PASARAN INDONESIA – TAWAR DUA VARIAN, HARGA BELUM ADA
- BACA: BENTLEY CONTINENTAL GT INI GUNA EFUEL!

