Buletin

Shell Advance Hadiahkan Motosikal Edisi Terhad

Lima rakyat Malaysia yang bertuah memulakan tahun baharu dengan ceria apabila dipilih sebagai pemenang peraduan Enjoy Your Ride Shell Advance-Harian Metro.

Suzila Suliman, 33, Mohd Juswari Mohd Salleh, 35, dari Selangor; Hishammudin Mustafa, 37, dari Pahang; Shahrul Azwan Mohd Sati, 36, dari Melaka dan Azah Farizal Md Jaikhs, 34, dari Negeri Sembilan masing-masing memenangi motosikal Modenas Kriss yang dihiasi pelekat Shell Advance edisi terhad. 

Seramai enam puluh peserta lain membawa pulang satu pek minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra dalam peraduan yang berlangsung dari 27 November hingga 19 Disember 2012. 

Peraduan Shell Advance itu berjaya menarik lebih 2,000 penyertaan dari seluruh negara. Pemenang menyerlah bukan sahaja atas kreativiti dan kelucuan dalam melengkapkan ruang dialog, malah dari segi penyampaian keseluruhan termasuklah unsur tiga dimensi (3D). 

Shahrul Azwan dari Bukit Katil, Melaka nyata amat gembira kerana memenangi peraduan buat kali pertama. 

“Motosikal baru ini dimenangi tepat pada masanya kerana saya baru menjual motosikal lama saya.  Saya amat berbangga untuk menunggangnya, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan model edisi terhad untuk Shell Advance,” katanya. 

Suzila dari Kuala Selangor begitu seronok ini ialah hadiah terbaik yang pernah dimenangi dalam mana-mana peraduan. “Saya hanya mencuba nasib dan tidak sangka akan menang. Saya akan menghadiahkan motosikal ini kepada suami,” katanya.  

Pengurus Jenama dan Komunikasi Shell, Yu Li-Ching memberitahu, pemilik motosikal boleh menantikan kempen pengguna yang lebih menarik daripada Shell Advance tahun ini. 

“Kami gembira dengan sambutan menggalakkan terhadap peraduan ini, walaupun hanya diadakan dalam tempoh yang singkat. Promosi pengguna global edisi tahun ini akan menyaksikan Shell Advance menawarkan hadiah lebih besar dan menarik. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk memberi ganjaran kepada pemilik motosikal yang berkongsi wawasan kami untuk meningkatkan keseronokan semasa menunggang,” katanya.  

Dibangun berasaskan kefahaman mendalam tentang penunggang motosikal dan keperluan harian mereka, rangkaian Shell Advance 4T dengan teknologi RCE dihasilkan untuk menjanjikan prestasi minyak yang boleh dipercayai. Ia turut bertanggungjawab membersihkan enapan dan mengekalkan kelikatan untuk perlindungan lebih baik, kawalan lebih cekap menerusi perubahan gear yang lancar dan pencegahan gelinciran. Selain memberikan pengalaman menunggang lebih menyeronokkan dengan mengurangkan gegaran dan bunyi enjin.   

Maklumat lanjut mengenai produk Shell Advance dan peraduan Enjoy Your Ride, sila layari laman web: www.shell.com.my.

[hr]
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button