Buletin

SHELL HELIX ‘THE ULTIMATE FERRARI EXPERIENCE’

Orang ramai yang mengunjungi pameran bergerak Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ di ruang legar North Court Mid Valley Megamall dari 4 hingga 8 Jun 2014 berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai pelbagai permainan interaktif.

Shell-Helix-Time-Attack-mekanika (2)

Berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, pengunjung boleh menyertai Shell Helix Time Attack Challenge melalui 3D Motion Racing Simulator.

Aktiviti menarik yang lain termasuklah menyelam untuk mencari bahagian enjin yang tersembunyi, peraduan meneka jumlah botol Shell Helix Ultra di dalam kereta dan peraduan Instagram #cleanmyengine dengan memuat naik gambar diri sendiri (selfie) atau bersama kawan-kawan (wefie).

Antara hadiah yang menanti pemenang bertuah ialah iPad Mini, baucar percutian untuk 2 orang ke Berjaya Tioman Resort bernilai RM1,500 dan bekalan minyak enjin Shell Helix Ultra 5W-40 selama dua tahun.

Shell-Helix-Time-Attack-mekanika (3)

Tidak ketinggalan, tawaran eksklusif dengan pembelian minyak motor Shell Helix, minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus Shell.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim memberitahu, pameran bergerak ini bertujuan meningkatkan kefahaman pengguna tentang kelebihan perlindungan enjin yang diberikan oleh minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra.

“Pada tahun ini, promosi global Shell Helix akan memberi peluang kepada lima pemenang Hadiah Utama menyertai pemenang lain dari seluruh dunia untuk percutian VIP 5 hari 4 malam, dengan semua perbelanjaan ditanggung ke Spa-Francorchamps, Belgium untuk menyaksikan Formula One Grand Prix Belgium 2014 pada penghujung Ogos. Semasa di sana, mereka akan mengunjungi suite VIP Shell, meluangkan masa bersama pasukan Scuderia Ferrari dan melawat paddock untuk menyaksikan kerja di sebalik tabir,” katanya.

Shell-Helix-Time-Attack-mekanika (1)

Promosi global Shell Helix ‘The Ultimate Ferrari Experience’ 2014 merangkumi peraduan dua peringkat dari 1 April hingga 30 Jun 2014. Ia terbuka kepada pelanggan yang membeli pek 4 liter Shell Helix Ultra atau sebarang produk lain daripada rangkaian HX7.

Peringkat Pertama peraduan menawarkan 10 hadiah pertama berupa wang tunai RM1,500 setiap satu, 10 hadiah kedua wang tunai RM1,000 manakala 10 pemenang hadiah ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang. Seramai 10 pemenang hadiah pertama dalam Peringkat Pertama akan berpeluang bertanding dalam cabaran khas go-kart di Peringkat Dua untuk merebut lima tempat sebagai pemenang hadiah utama yang akan ke Belgium.

Shell Helix juga sedang mendekati pengguna di seluruh negara menerusi Shell Pureplus Pit Stops. Kenderaan Shell Helix yang ditaja oleh Mazda, dengan sokongan pasukan bergerak dari stesen radio MY FM dan ERA FM akan mengagihkan hadiah di KSL Mall di Johor Bahru pada 31 Mei (11.00 pagi – 1.00 tgh hari); City Square pada 1 Jun (5.00 ptg – 7.00 mlm); Bangsar Village 2, Kuala Lumpur pada 7 Jun (11.00 pagi – 1.00 ptg); Piazza Area, The Curve Mutiara Damansara pada 8 Jun (11.00 pagi – 1.00 ptg); Gurney Plaza, Pulau Pinang 14 dan 15 Jun (5.00 ptg – 7.00 mlm).

Maklumat lanjut tentang produk dan promosi global terbaru Shell Helix, sila layari laman web: www.shell.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button