Motosikal

BELI MINYAK SHELL ADVANCE DI LAZADA MALAYSIA, ANDA MUNGKIN BOLEH JUMPA JORGE LORENZO

Sedia maklum bahawa penunggang motosikal di seluruh negara kini boleh mendapatkan rangkaian lengkap minyak enjin motosikal Shell Advance di platform e-dagang, Lazada Malaysia.

Sempena kemunculan Shell Advance di Lazada Malaysia serta acara MotoGP Shell Malaysia 2017, anda semua boleh mendapatkan hadiah eksklusif apabila membeli produk Shell Advance:

·        Dari 3-20 Oktober, beli satu pek Shell Advance dan dua tin minuman tenaga Monster melalui Lazada Malaysia. Kemudian rebut peluang memenangi hadiah utama iaitu jemputan khas ke sesi santai bersama penunggang Ducati Jorge Lorenzo pada 25 Oktober 2017. Hanya 100 pemenang bertuah akan mendapat peluang istimewa ini.

Manakala hadiah pertama ialah sekeping tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk 150 pemenang bertuah. 20 pemenang pula akan membawa pulang hdiah kedua berupa satu beg galas edisi khas Monster Recon.

·        Dari 3-20 Oktober, beli mana-mana satu pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dan dapatkan sekeping tiket Hillstand dan kit aluan di SIC, berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat!

·        Dari 25-29 Oktober, beli satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7 untuk peluang memenangi sepasang cermin mata Oakley yang ditandatangan oleh Jorge Lorenzo

 

“Dengan membuat pembelian di gedung rasmi dalam talian Shell Malaysia, anda mungkin mendapat ganjaran.

“Kami juga gembira kerana produk Shell Advance dan Shell Helix akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza beli-belah iaitu Revolusi Dalam Talian Lazada Malaysia pada 11 November 2017 ini,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh.

Ia merupakan pesta beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Bertemakan ‘Shop the Universe’, para pembeli di enam buah negara akan dapat membeli jutaan produk dari seluruh dunia pada harga luar biasa.

Buat pertama kalinya, tawaran turut merangkumi minyak Shell Advance serta dan Shell Helix tulen yang diperolehi dari sumber rasmi. Sila layari https://goo.gl/6X6o5b 

Google ads
Back to top button