Buletin

MINYAK ENJIN KELIKATAN RENDAH SHELL HELIX HX8 0W 20 DILANCARKAN – HARGA RM53.90 SELITER

Shell Malaysia Trading hari ini melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden pada hari ini. Kini semua pemilik kereta mampu menikmati minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium dengan harga berpatutan.

Shell Helix HX8 0W 20 baharu merupakan pilihan bijak bagi mereka yang ingin menikmati jarak perbatuan lebih jauh. Di samping segala kebaikan minyak enjin sintetik sepenuhnya tulen daripada Shell, jenama yang dipercayai dan pembekal pelincir nombor satu dunia sejak 12 tahun lalu.

Shell Helix HX8 0W 20 menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk. Teknologi Flexi Molecule pada Shell Helix HX8 melindungi enjin dengan cara menyesuaikan gaya pemanduan anda.

Jaid, pemilik kereta dapat menikmati hayat enjin yang lebih lama, jimat bahan api, selang masa penukaran minyak lebih panjang dan kos penyenggaraan lebih rendah.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan memberitahu Shell sentiasa membangunkan produk inovatif demi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

“Kini minyak pelincir berkelikatan rendah semakin menjadi pilihan di seluruh dunia. Semakin banyak pengeluar kereta telah bertukar kepada produk-produk gred kelikatan rendah bagi penggunaan pertama kereta yang dikeluarkan dari kilang dan servis,” katanya. 

Shell Helix HX8 0W 20 baharu boleh didapati pada harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

Para pengguna dinasihatkan supaya membuat pembelian dari cawangan-cawangan ini bersama label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ untuk memastikan ketulenan produk.

Produk ini diperkenalkan selepas dua varian Shell Helix HX8 berada di pasaran iaitu 5W 40 (harga runcit yang disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (RM180 untuk 4 liter). 

Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ ini kini didatangkan dengan label ‘skyline’ baharu yang menarik.

Sempena pelancaran ini, Shell Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 keatas mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards. Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2019.

Maklumat lanjut mengenai program SHARE dan Shell Helix HX8 baharu, layari https://share.shell.com/consumer/my atau hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Shell di 1300 88 1808.

Google ads
Back to top button