Buletin

“KENDERAAN AUTONOMI? KAMI TIDAK PEDULI!” – CEO FERRARI

Ketika jenama lain berlumba-lumba memperkenalkan kenderaan autonomi, berbeza pula dengan Ferrari yang menegaskan bahawa teknologi berkenaan tidak penting buat masa sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna, memberi maklum balas terhadap perkara itu ketika ditanya sama ada syarikat pembuat kereta elektrik mewah memerlukannya (kenderaan autonomi).

“Dalam kabin, terdapat empat jenis perisian. Ada perisian prestasi, perisian keselesaan, perisian infotainmen dan autonomi.

“Yang terakhir, kami tidak peduli,” kata Vigna.

Ferrari yang merupakan salah satu pengeluar kereta mewah terbesar di dunia, secara sejarah mahu mengekalkan sebahagian besar pengeluaran sedia ada.

Terdahulu, Vigna memberitahu bahawa syarikat itu tidak akan membina kenderaan autonomi selepas melancarkan strategi EV Ferrari.

Tambahnya lagi, pendirian Ferrari adalah berbeza berbanding jenama lain seperti Ford atau Tesla kerana Ferrari lebih mementingkan ‘jiwa kereta’ atau prestasi.

Oleh itu, Ferrari tetap dengan strateginya untuk fokus menawarkan kenderaan elektrik berprestasi kepada pelanggan selain, ia mampu mengekalkan identiti serta tradisi Ferrari.

Google ads
Back to top button