Buletin Khas

SEGALANYA TENTANG MINYAK PELINCIR – KETENANGAN DALAMAN HASILKAN PRESTASI KEJAYAAN

Minyak enjin merupakan bendalir yang sangat penting bagi kenderaan bermotor terutamanya bagi enjin pembakaran dalam. Minyak pelincir akan memberikan perlindungan geseran pada komponen enjin semasa enjin dihidupkan, beroperasi dalam keadaan lasak, ekstrem dan juga sejuk. Ia juga perlu cukup lasak agar tidak teroksida apabila terdedah pada suhu yang terlampau panas.

Kali ini kita akan berbincang berkenaan dengan fungsi minyak enjin, bahan tambah yang digunakan serta fungsi khusus setiap bahan tambah atau aditif yang digunakan. Sebagai contoh minyak pelincir PETRONAS SYNTIUM 7000 SN+ 0W-16. 0W merujuk kepada kelikatan minyak ketika suhu sejuk dan W merujuk kepada Winter. 16 pula ialah kelikatan minyak pelincir ketika suhu panas. Semakin panas suhu, kelikatan minyak akan berkurang dan tidak bagus dalam memberikan perlindungan pada enjin.

Minyak pelincir perlu cair waktu sejuk agar ia mudah mengalir ketika sejuk dan kita tidak mahu minyak mengalir seperti sos cili di dalam enjin. Pada suhu panas pula, kita tidak mahu ia terlebih cair macam air sirap sehingga tidak memberikan perlindungan pada komponen enjin. Jadi minyak pelincir biasanya akan dibuat dengan spesifikasi kelikatan atau biasa disebut sebagai Multi Grade.

Kelikatan minyak enjin akan diukur dan dikelaskn berdasarkan nombor yang dibuat oleh Society of Automotive Engineer (SAE). Sebagai contoh SAE 5, SAE 10, SAE 20, SAE 30 dan seterusnya. Semakin rendah nilai yang diberikan, semakin kurang kelikatan minyak dan lebih sesuai digunkan untuk cuaca sejuk. Semakin tinggi nilai ini, semakin pekat minyak tersebut dan sesuai untuk cuaca panas.

Dari segi saiz molekul, SAE 10 terdiri daripada rantaian molekul karbon antara 25-35 atom, SAE 20 antara 30-80 atom dan SAE 30 terdiri daripada 40-100 molekul atom dalam satu rantaian. Kita dapati semakin tinggi kelikatan minyak, semakin banyak atom karbon berada dalam rantaian tersebut.  Namun jika minyak terlalu likat, semakin banyak tenaga yang diperlukan oleh pam minyak enjin untuk menyedut dan mengedarkan minyak di dalam sistem menjadikan ia sebagai parasitic load.

Minyak Sintetik

Sejarah minyak pelincir sintetik bermula sekitar 1940an oleh jurutera Jerman yang memerlukan minyak pelincir yang tahan lasak berbanding dengan minyak yang dihasilkan dari petroleum. Ia diperlukan untuk jentera perang Jerman supaya tidak perlu diservis dalam sela masa yang singkat. Malah sesetangah minyak sintetik dihasilkan dari sintesis proses kimia dan menggunakan alkohol. Dari segi saiz molekul, minyak sintetik mempunyai struktur molekul yang lebih sekata dan berat yang seimbang berbanding dengan minyak pelincir yang dihasilkan daripada petroleum.

Ini menjadikan minyak sintetik lebih bagus dari segi prestasi, mengurangkan geseran antara komponen enjin, memiliki pencuci yang lebih bagus bagi memastikan enjin sentiasa bersih, rintangan yang lebih rendah dan memerlukan tenaga yang sedikit untuk dipam ke semua bahagian enjin. Dengan ciri penyejukan yang lebih baik, minyak sintetik menawarkan penyejukan yang lebih baik dari minyak biasa, kelikatan yang lebih stabil dan berupaya mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 15%.

Fungsi Minyak Pelincir

Minyak pelincir yang bagus mestilah memenuhi kiriteria seperti:

1. Untuk melincirkan pergerakan komponen enjin dan mengurangkan kehausan enjin. Minyak yang bagus akan mengurangkan geseran dan menjadikan enjin lebih efisyen

2. Bertindak sebagai ejen penyejukan dan mengurangkan risiko “knocking”. Sesetengah enjin akan memancutkan minyak pelincir di bawah piston untuk proses penyejukan

3. Menyingkirkan segala bahan atau sisa kotoran yang terhasil semasa operasi enjin atau serbuk besi yang terhasil

4. Meningkatkan keupayaan seal ring yang akan mengurangkan risiko blowby

5. Melindungi enjin daripada berkarat

6. Stabil pada suhu tinggi

7. Mempunyai jangka hayat yang lama

Bahan Tambah atau Aditif

1. Antioksida yang akan menghalang minyak pelincir daripada teroksida dan terurai. Proses pengoksidaan akan menyebabkan kualiti minyak enjin merosot selepas digunakan dan antioksida bertindak menghalang proses pengoksidaan berlaku

2. Anti – Kakisan yang biasanya ditambah dengan logam Zink. Ia akan bertindak pada permukaan besi yang bergeser dengan mewujudkan lapisan filem tambahan bagi melicinkan pergerakan komponen enjin

3. Dispersant atau Pentsabil merupakan bahan kimia yang akan mengumpulkan kotoran karbon dan memastikan kotoran tidak melekat pada permukaan komponen. Ia akan terus terapung bagi memastikan kotoran tadi dibawa masuk dalam penapis minyak pelincir

4. Pengubah Kelikatan merupakan komponen yang ditambah kelikatan minyak pelincir agar ia berfungsi mengikut rekaan asalnya. Dalam contoh di atas ia memiliki kelikatan 0 ketika suhu sejuk dan 16 pada suhu panas.

5. Detergen atau bahan cuci akan menghalang karat dan kotoran karbon daripada melekat pada komponen enjin

6. Pour Point Depressant bahan tambahan yang digunakan untuk memastikan minyak pelincir mengalir dengan baik pada suhu sejuk

7. Penghalang Buih bagi menghalang pembentukan buih terjadi. Sesetengah komponen enjin akan bergerak di dalam minyak enjin menyebabkan percikan terjadi. Sekiranya percikan terlalu kuat, buih akan terbentuk dan ia tidak akan memberikan perlindungan pada komponen mekanikal

Untuk servis seterusnya, apa kata anda cuba PETRONAS Syntium 7000 0W-16 dengan teknologi CoolTech™ bagi melawan kepanasan yang dihasilkan oleh enjin. Keadaan pemanduan zaman sekarang seperti penggunaan teknologi start-stop, melahu dalam pemanduan bandar, memandu dengan membawa beban yang berat, melalui jalan berbukit serta pelbagai keadaan lain yang mencabar akan menghasilkan haba yang berlebihan dalam enjin.

PETRONAS Syntium 7000 0W-16 diformulasikan dengan teknologi CoolTech™ bagi melawan penghasilan haba yang berlebihan. Haba yang dihasilkan pada komponen kritikal di dalam enjin dengan menyerap dan menyebarkan haba kepada luar sistem bagi menurunkan suhu, dan melindungi komponen enjin daripada rosak dan kehilangan kuasa.

PETRONAS Syntium 7000 0W-16 juga diformulasikan bagi melawan fenomena enjin moden suntikan terus turbo iaitu fenomena ketukan pada halaju rendah sekaligus memenuhi spesifikasi API SN Plus. Pengalaman yang dikumpulkan oleh PETRONAS menerusi program perlumbaan litar Formula 1 dan juga perlumbaan yang lain membolehkan semua input penting diperolehi semasa membangunkan minyak pelincir PETRONAS Syntium, minyak pelincir berprestasi tinggi dengan keupyaan memenuhi keperluan spesefikasi generasi baru enjin di atas jalan dan juga pemanduan mencabar.

PETRONAS Syntium 7000 0W-16 diformulasikan dengan teknologi CoolTech™ berupaya melawan proses pengoksidaan minyak pelincir dan memberikan perlindungan tambahan agar mengelakkan minyak menjadi pekat pada suhu yang tinggi. Ia juga mampu mengawal pembentukan pembentukan deposit karbon di dalam enjin serta mengekalkan prestasi enjin. Teknologi CoolTech™ juga berupaya menahan minyak pelincir daripada meruap akibat terdedah pada suhu tinggi dan seterusnya menyebabkan enjin mengalami geseran dan hakisan akibat kegagalan minyak pelincir

Google ads
Back to top button