Buletin

MINYAK PELINCIR SILKOLENE KINI DENGAN PACKAGING BAHARU, LEBIH ERGONOMIK

FUCHS, pengeluar minyak pelincir bebas terbesar di dunia dengan lebih 90 tahun pengalaman, mengukuhkan lagi komitmen terhadap industri automotif tempatan dengan pelancaran reka bentuk pembungkusan serba baharu untuk rangkaian produk SILKOLENE.

Reka bentuk baharu itu direka supaya lebih ergonomik untuk membolehkan pengendalian yang lebih selesa dan memudahkan penggunaan. Oleh itu frasa “mudah untuk dipilih, mudah digunakan dan mudah pada persekitaran’ dilihat amat sesuai dengan apa yang ingin ditonjolkannya.

Menjadi salah satu jenama terbesar di Eropah, produk itu juga hadir dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial yang besar.

Satu pencapaian yang membanggakan dalam sejarah syarikat FUCHS adalah untuk menjadi neutral karbon sepenuhnya di semua lebih daripada 60 lokasi seluruh dunia pada tahun 2020. Ia merangkumi penggunaan tenaga dalam pengeluaran sehinggalah ke bahan habis guna yang digunakan dalam operasi pentadbiran.

Wajah dan citarasa baharu rangkaian produk SILKOLENE akan berada di pasaran tempatan secara berperingkat sepanjang 2022.

GALERI:

Google ads
Back to top button