Buletin

SINDIKET LORI JPJ. SPRM DAPAT INFO DARI ISTERI PEGAWAI YG KECEWA DIMADU

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan lebih banyak pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang berkaitan rasuah terhadap sindiket lori, menurut sumber.

Penangkapan dalam gelombang kedua ini termasuk penahanan isteri seorang pegawai JPJ yang mendedahkan rangkaian rasuah ini kepada SPRM, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insight.

Isteri pegawai berkenaan dikatakan menjadi sumber utama yang membuat laporan rasuah yang melibatkan JPJ Pulau Pinang kepada SPRM bulan lalu. Beliau membuat laporan tersebut setelah mendapati suaminya telah berkahwin lain dan berhenti memberi nafkah kepadanya.

“Tanpa maklumat dari isteri pegawai ini, sindiket ini akan berterusan,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, isteri pegawai tersebut sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga akaun yang melibatkan wang haram sindiket tersebutt

Dana tersebut digunakan untuk membayar pegawai tertinggi JPJ serta hobi lain seperti bermain golf, menurut siasatan SPRM.

Sebaik mengumpul maklumat dari isteri pegawai tersebut, SPRM terus menyiasat dan menahan 79 orang kesemuanya, termasuk pegawai JPJ Pulau Pinang.

Lapan orang pegawai JPJ dan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang Selasa lalu dengan 164 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM135,810, antara Januari 2015 dan Ogos 2018.

Google ads
Back to top button