Artikel PilihanBuletin

TEKSI LONDON TERUS MAJU KE DEPAN – PEMILIKNYA ADA KAITAN DENGAN PROTON

Sekarang ini masalah pertembungan di antara pemandu teksi dan pemandu khidmat e-panggilan (e-hailing) hangat di serata dunia. Bukan sahaja di negara kita tetapi di banyak lagi negara seperti di United Kingdom.

Setakat ini belum ada lagi pengharmonian untuk isu kecuali negara kita adalah yang pertama di dunia mempunyai rangka dan undang-undang bagi menghalalkan operasi e-panggilan.

Prosedur seperti ini penting bagi memberi keadilan kepada pemandu teksi sedia ada dan menjamin keselamatan pemandu e-hailing dan pelanggan.

Fenomena e-panggilan ini sebenarnya bukan setakat menjejaskan perkhidmatan teksi tetapi juga ekosistemnya secara keseluruhan. Banyak pihak yang turut terkena tempias seperti operator dan syarikat pembekal kenderaan teksi dan menuju ke hadapan apakah nasib industri ini?

Walaupun terancam tetapi lain pula halnya dengan teksi hitam (black cab) London. Sejak 69 tahun lepas, London Taxi Company atau sekarang ini dikenali sebagai London Electric Vehicle Company (LEVC) telah mengeluarkan teksi hitam di UK. 

Ini adalah sejarah besar dan panjang tambahan pula teksi hitam adalah ikon dan sebahagian imej kota London. Adakah ia akan turut tenggelam dek fenomena e-panggilan? Mujurlah syarikat ini telah melabur lebih dari GBP 325 (RM 1.8 bilion) bagi memastikan teksi hitam London kekal relevan.

Salah satu strategi mereka ialah mengeluarkan teksi hitam baharu dengan emisi sifar yang dijanakan oleh kuasa elektrik. Satu hal menarik tentang LEVC ialah ia sebenarnya dimiliki oleh sebuah konglomerat yang begitu hampir dengan kita.

LEVC adalah milik Geely. Hebat bukan? Di bawah konglomerat ini ada Volvo, Lotus, Proton dan pelbagai lagi syarikat berkaitan automotif.

Projek teksi elektrik ini semakin menjadi kenyataan apabila ia dalam fasa terakhir ujian sebelum tarikh akhir pada Januari 2018 di mana kesemua teksi baharu perlu mempunyai teknologi sifar emisi bagi mendapatkan lesen untuk beroperasi.

LEVC tidak memandang untuk menjual teksi hitam ini di London sahaja malah pelbagai lagi pasaran antarabangsa dan ini boleh dilihat melalui pelbagai rejim ujian termasuk di Artik dan juga di Death Valley, California yang merupakan salah satu tempat terpanas di dunia.

LEVC mahukan teksi ini sebagai yang terbaik di dunia dan juga perkhidmatan teksi terbaik di dunia.

Ujian fasa akhir di London ini melibatkan enam buah kenderaan pada 18 Oktober lalu. Ia diuji oleh pemandu teksi London sebenar di mana mereka akan membantu dalam mengumpul data penting dan juga prestasi infrastruktur poin pengecasan sebelum diserahkan kepada pelanggan dan juga digunakan secara rasmi dalam beberapa bulan lagi.

Teksi hitam London ini mempunyai pelbagai keselesaan dan kemudahan seperti enam tempat duduk, mesin kad tanpa sentuh, wi-fi, pengecas laptop, telefon dan USB, bumbung panorama. Penumpang turut dihidangkan dengan keselesaan terbaik, akses untuk kerusi roda dan ruang kabin lebih besar.

Walaupun hanya sekadar teksi, ia mempunyai pelbagai teknologi keselamatan aktif dan pasif bagi melindungi kenderaan dan pengguna jalan raya lain.

Kelengkapan keselamatan termasuk amaran pelanggaran berdepan, brek kecemasan autonomi dan bantuan brek kecemasan. Suatu yang menarik apabila badan teksi ini diperbuat daripada alumnium di mana ia lebih kuat dan baik untuk perlindungan penumpang.

LEVC juga sedang bekerjasama dengan pemandu dan organisasi lain bagi memastikan produk ini yang paling berhubung di dunia. Teksi ini dilengkapi navigasi satelit bagi membantu pemandu mengenal pasti kesesakan jalan raya dan jalan alternatif.

Ia juga mempunyai akses kepada peta bagi mengetahui lokasi poin pengecasan dan paling penting sambungan kepada aplikasi e-panggilan.

Memandangkan LEVC mempunyai perancangan besar untuk memasarkan produk mereka ini di serata dunia, bayangkan jika ia ditawarkan di negara kita. Kenderaan yang dibina khusus untuk khidmat teksi, dipandu oleh individu profesional dan juga boleh dipesan menggunakan telefon pintar.

Pasti menarik bukan? Inilah salah satu cara positif bagi mendepani teknologi berbanding berkonflik dengannya.

Selain itu, baca kisah menarik tentang ‘teksi’ di negara kita melalui pautan di bawah:

BACA: TOYOTA KE70 TEKSI DRIFT

BACA: NISSAN SENTRA B13 TEKSI GENTING

Google ads
Back to top button