Buletin

SKODA ENYAQ RS RACE – DAH BOLEH MULA PRODUKSI KOT LEPAS NI

Škoda Motorsport yang cukup dikenali dengan aktiviti mereka dalam sukan permotoran terutamanya membabitkan cabang sukan rali telah mempamerkan versi terbaharu model konsep kereta lumba elektrik sepenuhnya, Skoda Enyaq RS Race baharu.

Hasil daripada DNA perlumbaan jenama Czech yang cukup terkenal, konsep ini menyokong pembangunan teknologi inovatif dan bahan mampan, berfungsi sebagai projek perintis untuk model pengeluaran di masa hadapan.

Kereta lumba konsep itu tampil lebih rendah dan lebih luas itu menggabungkan bahagian biokomposit yang inovatif dan mampan yang memberikan ketegaran dan kelebihan berat yang sama seperti gentian karbon, menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan lebih daripada 300kg berbanding dengan model vRS Škoda Enyaq Coupé baharu yang juga merupakan asal untuk model konsep ini.

Menariknya, para Jurutera Skoda Motorsport telah membangunkan kereta lumba elektrik ini mempunyai pengendalian yang hampir serupa dengan model rali yang cukup berjaya, Skoda Fabia RS Rally2.

Pembangunan model Skoda Enyaq RS Race yang pertama bermula pada 2023, diikuti dengan tayangan perdana global pada Oktober 2024. Dengan Enyaq RS Race baharu, pasukan Skoda Motorsport telah menggunakan kepakaran yang diperoleh dalam membangunkan konsep pertama dan membawanya ke peringkat seterusnya dengan Škoda Enyaq Coupé RS baharu yang telah diperkenalkan baru-baru ini.

Skoda Enyaq RS Race ini masih lagi menggunakan rangkaian kuasa elektrik yang sama menghasilkan output maksimum 250 kW hasil daripada dua motor tetapi 70 mm lebih rendah, 72 mm lebih lebar di hadapan dan 116 mm lebih lebar di bahagian belakang. Paling penting, ia jauh lebih ringan daripada model pengeluaran. Ianya mampu memecut 0 ke 100 km/j kurang daripada lima saat.

Model ini juga mendapat manfaat daripada beberapa pengubahsuaian visual dan teknikal, termasuk casis yang dioptimumkan, bampar yang direka bentuk semula, serta penyerap hentak dan spring yang diubah suai. Sistem brek berprestasi tinggi baharu, tempat duduk perlumbaan, dan juga rollcage memastikan keselamatan yang optimum.

Pada bahagian belakang terdapat rekaan wing yang besar untuk membantu aerodinamik yang lebih baik.

Enyaq RS Race ini dilengkapi dengan sistem bunyi premium Havas untuk menghasilkan alunan bunyi motorsport sejati, tidaklah senyap serupa Komuter aja kan.

BACA : SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG

BACA : ULANG TAHUN KE 50 MODEL SKODA 130 RS. INI BARULAH BETUL MODEL YANG LEJEN

Google ads

B K

Back to top button