Buletin

SKODA KAMIQ DESIGN EDITION 2025 – SUV BANDAR DENGAN HARGA YANG LEBIH BERBALOI

Skoda Kamiq Design Edition adalah varian khas dari SUV kompak Skoda Kamiq yang menawarkan rekaan lebih sporty dan elegan yang telah pun berada dalam pasaran semenjak dari tahun 2019 lagi.

Dicipta untuk menarik minat pelanggan yang mementingkan reka bentuk, spesifikasi Design Edition baharu ini telah disusun dengan teliti untuk memberikan rupa yang menarik sambil memaksimumkan nilai untuk wang. Varian Design Edition ini sememangnya dikhususkan untuk pelanggan Skoda yang berada di Britain yang mana Skoda terlebih dahulu memperkenal varian Design Edition ini untuk model Fabia.

Varian baharu Skoda Kamiq Design Edition ini diposisikan  antara varian SE Edition dan SE L Edition yang secara keseluruhan menawarkan empat varian buat pelanggan Skoda di Britain.

Dibina berdasarkan spesifikasi yang mewah daripada Kamiq SE Edition, varian Design Edition ini dilengkapi dengan roda aloi Propus aero 17-inci, gayaan bumbung dan cermin sisi berwarna hitam serta kaca privasi sebagai standard.

Rekaan kabin untuk Design Edition ini menampilkan tempat duduk sporty dengan fabrik dan microsuede, stereng sport tiga jejari dan juga terdapat aksen merah pada papan pemuka untuk sedikit kontra.

Lampu ambien, pelapik bumbung hitam dan pedal aluminium melengkapkan bahagian dalaman SUV Skoda Kamiq Design Edition ini.

Dari segi trenkuasa, Skoda Kami1 Design Edition ini tampil dengan pilihan enjin 1.0 TSI 95PS dan 1.0 TSI 116PS menampilkan kotak gear manual sebagai standard dengan kuasa yang lebih tinggi juga tersedia bersama kotak gear automatik DSG tujuh kelajuan. Kelajuan maksimum bagi setiap pilihan enjin adalah 182 kmj dan 194 kmj.

Walaupun spesifikasi yang ditawarkan untuk Skoda Kamid Design Edition ini cukup premium, namun harga yang ditawarkan kepada bakal pembeli cukup berbaloi dengan wang. Dengan aras harga bermula £25,855 (RM 144,918) untuk model 1.0 TSI dan £28,185 (RM157,964) untuk model 1.0 TSI DSG ianya dilihat sebuah SUV bandar yang cukup ideal untuk dimiliki rakyat di Britain.

BACA : SKODA KAMIQ – SUV KETIGA DALAM KELUARGA SKODA

BACA : SKODA BERJAYA MENGHANTAR SEJUMLAH 866,800 UNIT KENDERAAN DI SELURUH DUNIA KEPADA PELANGGAN

Google ads

B K

"
"
Back to top button