Buletin

SKODA KAMIQ – SUV KETIGA DALAM KELUARGA SKODA

Entah apalah yang berada dalam fikiran pembuat kereta dari Republik Czech ini. Walaupun bernaung di bawah Kumpulan Volkswagen, jenama Skoda ini kalau diikutkan tidaklah begitu popular. Kalau masuk Anugerah Bintang Popular pun belum tentu boleh masuk Top 5. Tetapi pengikutnya masih ada terutama di China.

BACA : ŠKODA FABIA DAN ALKISAH TIGA KETURUNANNYA

BACA : SKODA FABIA R5 – KECIL-KECIL CILI API

Dan itu bukanlah alasan untuk Skoda untuk tidak memperkenalkan model baharu dalam katalog mereka. Kini, Skoda telah bersedia untuk menawarkan SUV ketiga dalam keluarga mereka, Skoda Kamiq sesudah kelahiran Skoda Kodiaq dan Skoda Karoq sebelum ini. Ternyata pasaran SUV kini sedang berkembang pesat. Lubuk orang kata.

Diklasifikasikan sebagai SUV Bandar, ianya mempunyai rekaan bahasa yang impressif serta dipadankan dengan teknologi moden. Secara kasar, jelas ianya masih lagi mewarisi tradisi rekaan Skoda terutamanya di gril dengan jalur menegak. Senang cerita, memang boleh cam, ianya adalah Skoda.

Dengan panjang keseluruhan badan 4,390 mm, lebar 1,781 mm dan ketinggian, 1,593 mm, ia dianggap sebuah SUV yang ideal. Tidak terlalu bagak untuk seorang anak muda memandu pergi ke pejabat.

Dijanakan oleh enjin 1.5 liter dengan kuasa 109hp dan juga tork 150 Nmm yang disalurkan melalui kotak gear auto, ianya menepati ciri dan fungsi sebagai sebuah SUV bandar yang sedap dipandu ke pejabat atau pun ke pusat membeli-belah di hujung minggu.

Bagi membolehkan ianya seronok dipandu oleh golongan eksekutif muda ke pejabat, ruang dalamnya juga harus kelihatan muda dan tidak tua. Er, maksud BK di sini adalah canggih sofistikated tetapi masih praktikal. Skrin sesentuk bersaiz 8 inci yang tersedia dengan fungsi  Apple CarPlay, Baidu Carlife dan MirrorLink pasti digemari oleh anak muda.

Oh ya, sebetulnya Skoda Kamiq ini turut dipamerkan sewaktu  Beijing Motor Show 2018 tempohari. Mengapa di China, sebab model ini akan ditawarkan di sana terlebih dahulu dengan harga Yuan 90,000 (RM55,651).

Untuk makluman tambahan, China sebetulnya adalah lubuk buat Skoda. Tahun sudah, mereka berjaya menjual 325,000 unit kenderaan di China sahaja berbanding 173,300 unit kenderaan Skoda yang dijual di Jerman.

Tapi apa pasal letak nama tak catchy langsung? Patutnya letaklah nama Skoda Yang Yang ke kan. Tak pun Skoda Chen Long, iya tak?

 

 

 

Google ads

B K

Back to top button