
KIA BONGO SMART SELECTION SEMPENA ULANG TAHUN KE-45, BUKAN VAN TAPI LORI!
Rasanya ramai yang masih mengingati dan tidak kurang mempunyai kenangan bersama van Mazda Bongo.
Bukan setakat van, Mazda turut mengeluarkan lori Bongo. Satu fakta menarik adalah, Kia turut mempunyai van Bongo dan hasil dari kerjasama bersama Mazda.
Kia Bongo menemui jalan raya pada 1980 dan masih ditawarkan sehingga kini. Kerjasama di antara kedua-dua syarikat Jepun dan Korea telah tamat dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Seperkara menarik, Mazda Bongo Van dan Truck di pasaran sekarang (generasi kelima) dijenamakan semula dari Daihatsu Gran Max. Van Bongo Brawny pula dari Toyota Hiace generasi kelima.
Kia Bongo III di Korea pula canggih dengan versi kenderaan elektrik (EV). Berbekalkan usia yang panjang, Kia memperkenal Bongo Smart Selection sempena ulang tahun ke-45.
Smart Selection ditawarkan pada harga munasabah dan pada sama dilengkapi ciri-ciri yang digemari pelanggan.
Bongo LPG Turbo 1 tan Smart Selection menggunakan kotak gear automatik lima kelajuan sebagai ciri asas selain ampaian keras untuk pemanduan stabil semasa membawa muatan berat.
Turut dilengkapi penguncian pembeza untuk pemanduan selamat ketika melalui jalan kasar dan licin.
Bongo LPG 1.2 tan dan EV 1 tan Smart Selection membawa ciri utama prestasi varian lebih tinggi dan pada masa ditawarkan pada harga berdaya saing dengan spesifikasi praktikal.
Bongo LPG 1.2 tan turut menggunakan enjin 2.5 liter petrol turbo dan kotak gear automatik sebagai ciri asas dan menghasilkan 159 kuasa kuda (hp) dan 294Nm.
Bongo EV 1 tan Smart Selection dilengkapi bateri 58.8 kilowatt-jam (kWj) dan boleh dipandu sehingga 211 kilometer (km).
Lori ini berkuasa 135 kW dan 395Nm. Tempoh pengecasan pantas hanya perlu 47 minit (100 kW, 10 – 80%) dan 8 jam 30 minit bagi pengecasan biasa (7.2 kW, 10 – 100%).
Varian dan harga Bongo Smart Selection:
- LPG 1 tan 2WD Extra-Long axle King Cab: 22.15 juta won (RM68,183)
- LPG 1.2 tan 2WD Extra-Long axle King Cab: 24.95 juta won (RM76,802)
- EV 1 tan 2WD Extra-Long axle King Cab: 43.15 juta won (RM132,804) – (harga sebelum subsidi dan faedah cukai)