
SKODA BERJAYA MENGHANTAR SEJUMLAH 866,800 UNIT KENDERAAN DI SELURUH DUNIA KEPADA PELANGGAN
Pengeluar kenderaan terkemuka dari Republik Czech, Skoda Auto terus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penghantaran kenderaanya pada tahun 2023. Sejumlah 866,800 unit kenderaan pelbagai jenis telah dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia.
Angka ini mewakili pertumbuhan ketara (+18.5%) berbanding tahun sebelumny pada tahun 2022 dengan Jerman terus menjadi pasaran tunggal terbesar jenama itu, dengan 157,800 kenderaan dihantar (+17.6%).
Selain daripada itu, Škoda Auto turut mencatatkan keputusan kukuh dalam pasaran domestik di Republik Czech, dengan 87,800 unit penghantaran (+23.4%). Selain daripada pasaran di Jerman dan Republik Czech , pasaran UK juga mencatatkan angka yang baik dengan ini mencapai rekod bahagian pasaran sebanyak 3% dan pertumbuhan valum 43%.

Model EV Enyaq, yang merupakan antara EV terlaris di banyak pasaran Eropah, mencatat rekod baharu sejak pelancarannya, dengan 81,700 kenderaan terjual (+52.1%), 10% daripadanya boleh dilihat di garaj rumah rakyat di UK. Dalam erti kata lain, setiap 10 unit jenama Skoda yang terjual, satu daripadanya adalah milik Enyaq.
Bagi mengukuhkan lagi jenama Skoda Auto, mereka juga telah menembusi pasaran Vietnam dan Kazakhstan pada suku kedua. 2023. Ianya sejajar dengan hasrat Škoda Auto untuk terus memajukan strategi pertumbuhan antarabangsanya.
Pada bulan September, Škoda Auto secara strategik telah pun memasuki pasaran Vietnam untuk memanfaatkan potensi rantau ASEAN, yang mana Vietnam diunjurkan menerajui dengan jangkaan jumlah jualan tahunan melebihi 40,000 unit selepas 2030.

Selain itu, ia menawarkan sinergi yang ketara dengan aktiviti syarikat di India. Di hab logistik yang dirasmikan baru-baru ini di Pune, melalui unit CKD di India seperti Kushaq dan Slavia akan disediakan untuk dieksport semula ke Vietnam bagi tujuan pemasangan akhir di sana.
Di India, Škoda telah mencapai pencapaian penting, berjaya menghantar 100,000 unit kenderaan kepada pelanggan dalam masa dua tahun. Selain itu, pembuat kereta itu mewujudkan semula kehadirannya di pasaran Kazakhstan melalui perkongsian strategik yang menyokong pemasangan tempatan membabitkan model Kodiaq, Kamiq, Karoq dan Octavia.
BACA : SKODA KODIAQ GENERASI KEDUA TAMPIL DENGAN IMEJ YANG LEBIH EKSKLUSIF DAN MENAWAN
BACA : SKODA FELICIA FUN – KENDERAAN YANG CUKUP UNTUK BERSERONOK DAN BERONOK RONOK