Buletin

MASERATI LEVANTE TERHUMBAN BAWAH JEJAMBAT LARI DARI POLIS

Seorang pemandu jentera Maserati Levante sangat bertuah apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di California, Amerika Syarikat (AS) selepas melarikan diri dari pihak polis.

Pejabat Peronda Lebuh Raya California cawangan Oakland (Oakland CHP) yang berkongsi gambar Maserati berwarna putih terbabit di online menunjukkan jentera itu terhumban di bawah jejambat.

Menurut laporan SF Gate, pihak polis mendakwa  pemandu lelaki berumur 32 tahun itu enggan menghentikan kenderaannya apabila diarahkan tetapi bertindak memecut lebih 160km/j.

Begitupun, kejar-mengejar tidak berkekalan lama berikutan kenderaan yang dipandu keluar dari lebuh raya, dan tiba-tiba memanjat tebing sebelum merempuh bahagian bawah jejambat lebuh raya.

Jurucakap Oakland CHP, David Aria berkata, usaha mengejar kenderaan itu tidak mengambil masa lama kerana pemandu tersebut gagal meneruskan perjalanan.

“Ia sangat menakjubkan apabila dia masih hidup,” kata Aria.

Suspek dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada dan bakal berdepan tuduhan memandu cuai serta cuba melarikan diri dari pihak berkuasa.-carscoops/oaklandchp

Google ads
Back to top button