
SKODA OCTAVIA vRS KINI JADI KERETA POLIS DI UK
Tampaknya, indek kadar jenayah di UK mungkin boleh mengalami penurunan selepas ini apabila sahih model produksi massa daripada Skoda Auto, Skoda Octavia vRS telah dimasukan sebagai salah satu senarai Kereta Polis ke Polis UK pula selepas ini.
Model Skoda Octavia vRS yang dikemas kini adalah merupakan model prestasi tangkas khusus untuk kegunaan pasukan keselamatan di UK hasil daripada enjin petrol 2.0 liter yang disemak semula yang mampu menawarkan peningkatan output kuasa sebanyak 265 PS dan tork 370 Nm.
Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui kotak gear DSG tujuh kelajuan dan pembezaan elektrohidraulik VAQ, membolehkan Octavia vRS baharu ini memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 6.4 saat (6.5 saat untuk untuk varian Estate).

Sementara itu, ketinggian Kereta Polis ini adalah 15mm lebih rendah berbanding model Octavia standard, bersama-sama dengan pilihan Kawalan Casis Dinamik, memastikan pengendalian yang yakin dan lebih mantap, walaupun pada kelajuan tinggi sekali gus memberikan pemanduan yang lebih optimum dalam semua keadaan.
Terkenal dengan kepelbagaian, kebolehpercayaan, ketahanan dan teknologi termaju, Octavia telah menjadi kegemaran di kalangan rangkaian armada perkhidmatan kecemasan di beberapa buah negara. Octavia vRS baharu melangkah lebih jauh, menampilkan inovasi Škoda terbaharu, termasuk paparan infohiburan 13 inci, kokpit maya 10.25 inci, dan paparan kepala pilihan yang memberikan maklumat pemanduan penting sepintas lalu untuk pemahaman yang lebih cepat dan mudah.

Ciri – ciri penting dan standard untuk model Octavia vRS ini termasuklah Automated Emergency Braking, Predictive Pedestrian Protection, Blind Spot Detection, dan juga Turn Assist yang berfungsi secara automatik menggunakan brek jika pemandu gagal melihat trafik dari arah depan dan berisiko mengalami perlanggaran secara langsung.
Manakala untuk varian Estate, pastinya memberikan kelebihan untuk membawa peralatan tambahan seperti kon untuk dibuat sekatan jalan raya di hujung simpang dan sebagainya.
Menariknya tentang pelanggan perkhidmatan kecemasan boleh memanfaatkan pakej penukaran kedai sehenti Škoda UK. Kesemua model boleh dipesan secara bespoke untuk penukaran bagi kegunaan pasukan Ambulan, Polis, mahu pun Bomba. Dan kesemua model ini juga telah menjalani ujian keselamatan yang sepatutnya untuk kegunaan pasukan perkhidmatan kecemasan tanpa masalah.