
JOM BERAYA DENGAN JAECOO J7 2WD. FAEDAH SERENDAH 0.8%, SERVIS PERCUMA SELAMA 2 TAHUN!
Menjelang musim perayaan, tiada yang lebih memuaskan daripada memiliki kenderaan yang bukan sahaja bergaya tetapi juga mampu memberikan keselesaan dan keupayaan terbaik untuk perjalanan pulang ke kampung.
Jaecoo J7 kini ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.8%*, serta pakej servis dan penyelenggaraan PERCUMA selama dua tahun atau jarak perbatuan sehingga 40,000km!
Tawaran eksklusif ini hanya untuk varian J7 2WD – inilah masa terbaik untuk menaik taraf kenderaan anda!

Gaya Premium, Keupayaan Maksimum
J7 hadir dengan reka bentuk menarik dan pelbagai ciri mewah yang ditawarkan pada harga cukup kompetitif. Jadi, tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan hangat daripada pengguna di Malaysia.
SUV ini direka khas untuk mereka yang menghargai kemewahan serta keupayaan untuk menghadapi pelbagai jenis cabaran jalanan. Sama ada untuk penggunaan harian atau mengharungi laluan off-road, J7 adalah pilihan yang tepat!
Dikuasakan oleh enjin 1.6-liter turbo, jentera ini mampu menghasilkan 194hp dan 290Nm tork, memberikan pemanduan yang responsif dan bertenaga.
Dipadankan dengan kotak gear dwi-klac 7-kelajuan, ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 180km/j.
Teknologi dan Ciri Keselamatan Pintar
Bukan sekadar bergaya, J7 turut dilengkapi dengan sistem perkakasan pintar ‘1+2+1’, termasuk:
- 1 kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM)
- 2 radar gelombang milimeter (CRM)
- 1 radar gelombang milimeter (FRM)
Sistem keselamatan ini memastikan perjalanan anda lebih selamat, terutama ketika memandu pulang ke kampung pada musim perayaan.
Selain mod Ekonomi, Biasa dan Standard Sport, J7 AWD turut menawarkan empat mod tambahan khas untuk menangani apa jua permukaan jalan:
- Pasir
- Lumpur
- Salji
- Off-road
Ini menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang gemar meneroka laluan mencabar tanpa perlu berkompromi dengan keselesaan dan keselamatan.
Balik Kampung dengan Bergaya!

SUV ini bukan sahaja hebat di atas jalan raya, malah ia tampil dengan reka bentuk ranggi dan maskulin. Gril hadapan yang besar, lampu LED moden, serta bumbung panoramik menambahkan lagi elemen premium pada J7.
Tidak kira sama ada anda memandu di bandar atau meredah laluan kampung, SUV ini pasti menjadikan perjalanan pulang beraya lebih istimewa!
Dengan segala kemewahan dan ciri-ciri menarik disediakan, J7 2WD boleh dimiliki pada harga bermula RM138,800 sahaja.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tempah J7 hari ini dan nikmati tawaran eksklusif sebelum kehabisan stok!
Kunjungi bilik pameran terdekat sebelum 30 April untuk pandu uji dan layari https://www.jaecoo.com.my/test-drive/?utm_source=Mekanika&utm_medium=cta&utm_campaign=Rayacampaign untuk tempahan pandu uji.
*Tertakluk kepada terma & syarat