Buletin

STESEN PENGECAS EV DI RUSIA DIGODAM. PAPAR MESEJ “PUTIN IS A DI**HEAD” 

Tidak lama selepas Rusia menyerang Ukraine, Tesla dilapor menawarkan pengecasan percuma untuk semua kenderaan elektrik di Ukraine. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk membantu rakyat negara itu untuk lari dari kawasan berbahaya.

Berbeza pula apa yang berlaku di Rusia. Sejumlah stesen pengecasan awam di sana telah digodam apabila ia memaparkan mesej yang menyokong negara tersebut dan mengutuk Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan kata-kata “Putin is a di**head”. 

Seperti yang boleh diilihat pada skrin stesen itu, timbul perkataan “Slava Ukraini” yang bermaksud kemenangan untuk Ukraine. Berdasarkan kepada maklumat yang dikongsi oleh pihak The EV Universe, stesen pengecasan itu juga memaparkan mesej menyokong Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Berikutan itu, pusat pengecasan yang terletak di lebuh raya di antara Moscow dan St. petersburg telah telah dinyahatifkan. 

Menurut satu hantaran oleh syarikat tenaga Rusia, Rosseti, kemudahan tersebut digodam oleh sebuah syarikat Ukraine yang bertanggungjawab membekalkan sebahagian perkakasan kepada mereka. 

Perkembangan ini menunjukkan bagaimana teknologi dan aktiviti menggodam boleh digunakan dalam perang moden. Sebagai contoh, pihak berkuasa Ukraine menukar papan tanda jalan elektronik untuk mengelirukan tentera Rusia. 

Google ads
Back to top button