Buletin

NAK BELI SEDAN ATAU MPV? KENAPA TAK BELI SEMUA SEKALI GUS?

Agaknya penulis sudah mereng, ada ke patut nak beli dua kereta sekali gus dalam satu-satu masa? Mana nak parkir semua kereta ini kalau kediaman anda hanya ada ruang parkir yang terhad?

Bolehkah sebuah kereta yang menawarkan ciri pemanduan seperti sedan, lasak seperti SUV dan luas bagaikan MPV dalam satu masa?

Jawapannya boleh jika anda memilih Honda BR-V. Ini kerana berbeza daripada Crossover 7 tempat duduk sekelasnya yang biasanya dibangunkan di atas chasis ladder frame, Honda BR-V dibangunkan dengan menggunakan chasis monocoque yang sama seperti kereta sedan.

Kelebihan chasis monocoque ialah ia mampu menawarkan kualiti dan dinamik pemanduan yang lebih baik, terutama ketika mengambil selekoh.

Maklum balas stereng Honda BR-V terasa lebih pantas. Ditambah pula dengan enjin 1.5L i-VTEC berkuasa 120hp dan tork 145Nm yang menjadikan Honda BR-V sebagai sebuah Crossover 7 tempat duduk paling seronok dipandu dalam kelasnya. Jentera ini ada kuasa, ruang yang besar dan pemanduan dinamik.

Honda BR-V berupaya memuatkan tujuh orang penumpang dan masih mengekalkan ruang kargo seluas 223 liter. Sekiranya perlu, pemandu boleh melipat kusyen barisan ketiga bagi menjadikan ruang kargo sebesar 539 liter.javascript:false

Cukup besar untuk keperluan anda membeli-belah di IKEA, berkelah di hujung minggu atau membawa barangan bagi menyokong perniagaan industri kecil dan sederhana yang baru dibina. Saiz dan rekaan dalaman pintar BR-V juga membuatkan penumpang tidak perlu bersusah payah untuk keluar atau masuk ke dalam Crossover ini.

Baik penumpang muda atau sudah berusia, pasti tiada masalah untuk melangkah masuk ke dalam Honda BR-V yang memiliki jarak kelegaan ideal pada 200mm dari permukaan jalan.

Bagi kanak-kanak atau bayi, pemilik boleh memastikan keselamatan mereka dengan penggunaan kerusi keselamatan yang boleh diikat terus pada penyambung ISOFIX 2 poin.

Dengan penggunaan lasak pelbagai guna seperti membawa ahli keluarga berjalan di hujung minggu, berekreasi atau membawa barangan perniagaan pada hari bekerja, maka aspek sokongan pusat servis yang baik adalah sangat penting.

Justeru, 135 pusat servis Honda sedia membantu sekiranya Honda BR-V memerlukan servis berkala di seluruh Malaysia.

Keunikan Honda BR-V dan sokongan pusat servis yang bagus secara tidak langsung memberikan Crossover 7 tempat duduk ini lebih nilai kepada pemilik. Maka tidak hairanlah kenapa ia menjadi buruan di pasaran kereta terpakai.

Semakan di laman sesawang kenderaan terpakai mendapati, secara purata Honda BR-V varian E tahun 2017 masih mengekalkan sekitar 75% nilai asal. Alah membeli, menang memakai.

Sepanjang Mac 2022, Honda Malaysia ada menawarkan rebat sebanyak RM7,000 bagi semua varian Honda BR-V untuk model tahun 2021.

Ini merupakan satu tawaran yang amat menarik daripada Honda Malaysia bagi sebuah Crossover 7 tempat duduk yang luas, enjin berkuasa dan pemanduan ibarat sedan.

Ia bagaikan peluang keemasan untuk pengguna memiliki sebuah Crossover 7 tempat duduk serba lengkap berjenama Honda.

Google ads
Back to top button